"Assalamualaikum,
Atiqah" sapa Hamooud, pelajar PhD dari Yaman. Terkalih sebentar bacaan
menjawab sapaan dia.
"Waalaikumusalam..
yes Hamooud?"
“I would
like to ask his (referring to our lecturer) permission for us to take about 10
minutes break to perform our Asar prayer,” dia memberitahu, bukan sebuah
pertanyaan tapi lebih kepada pemberitahuan bahawa usahanya itu disokong jua
oleh saya.
“Have you
told him before? What did he say?” Saya membalas pertanyaan, risau juga jika
dia meminta saya menyatakan hasrat itu terus kepada Dr Ravi.
“Yes, I
did. He didn’t say anything, he just nod and his expression didn’t seem
satisfied with my request.” Muka Hamooud nampak gelisah. Menyatakan bahawa
hasratnya sebelum ini pernah diluahkan kepada Dr Ravi.
Saya
terdiam. Berfikir cara untuk membantu Hamooud dan diri sendiri. Hampir 2/3
kelas itu dipenuhi dengan pelajar antarabangsa. Saya antara golongan minoriti
pelajar tempatan bersama tiga lagi pelajar PhD. Dua antaranya berbangsa India.
Seorang senior, berbangsa Melayu tapi kerana dia lebih tua dan mungkin juga
saya bukan pelajar PhD, kami jarang berkomunikasi.
Hamooud
agak rapat dengan saya. Berasal dari Yaman dan kami pernah sekelas pada sem
lalu. Mungkin itu faktor dia mudah berkomunikasi dengan saya. Mungkin juga
kerana faktor pemakaian saya yang membuatkan dia yakin dan selesa untuk
berbicara soal solat dengan saya berbanding pelajar Muslim yang lain. Mereka
yang lain datang dari pelbagai bangsa dan negara. Namun tidak dapat diputuskan
dek akal apakah mereka Muslim seperti kami. Itulah, saya terlalu segan untuk
bertanya. Cukuplah diberi peluang sekelas dengan pelajar PhD. Melihat mereka
memberi maklum balas dalam sesi pengajaran pun sudah cukup menggetarkan jiwa
dan minda saya.
“I think
he will understand. If he is not, I will still ask him to go out when it is the
time to perform the prayer.” Nekad Hamooud dalam gelisah. Saya terpana.
“InsyaAllah
there must be some ways to let him understand our ‘need’”, saya pula cuba
meyakinkan walau sendiri tidak punya kekuatan untuk itu.
“InsyaAllah
Atiqah, Allah
is my priority. The fact the he is my supervisor and our lecturer will not
let down my principal to be a good Muslim. Because I know very well, without
Allah, I will not succeed in my study.This PhD will be nothing without Allah’s
redha.”
MasyaAllah.Saya
terpana lagi. Hamooud sekadar menjelaskan nekad hatinya, tapi saya seolah-olah
telah ditarbiyah ringkas melalui penjelasannya itu.
Barangkali,
ramai pelajar-pelajar seperti saya dan Hamooud pernah mengalami situasi yang
sama. Jadual kelas yang padat kadangkala meragut waktu solat. Tapi apakah daya
kita untuk mengubah jadual kelas? Apakah juga punya daya untuk memungkiri waktu
solat? Astaghfirullahalazim.
Lalu apa
tindakan kita? Seperti situasi di atas, apa tindakan saya jika Hamooud tidak
Allah datangkan untuk memudahkan urusan solat saya difahami oleh pensyarah.
Ketika
itu hanya satu difikiran.Sebenarnya, saya telah memikirkan strategi untuk
keluar solat sebermula saya terima jadual kelas. Hanya dua kelas yang saya
ambil semester ini. Allah izin jua, kedua-dua kelas ini bertembung pada waktu
solat. Kelas pertama bermula pada jam 1 hingga 4 petang. Manakala kelas kedua
pada pukul 4 hingga 7 petang. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada Hamooud,
setelah berbincang dengan pensyarah untuk kelas pertama, lalu diputuskan kelas
akan dimulakan selepas solat Zohor. Mujur pensyarah itu Muslim. Cuma untuk
kelas kedua ini. Runsing juga memikirkan, tapi ketika itu saya hanya fikir
jalan mudah. Saya akan bersiap dalam wudu’ sebelum kelas bermula, dan bila saat
masuk waktu Asar saya akan bergegas minta izin keluar meninggalkan kelas dalam
10 minit.
Tapi saya
puji tindakan Hamooud yang berterus-terang dan lantang mempertahankan
prinsipnya sebagai pelajar Islam. Keyakinannya
pada Allah mengatasi segala bentuk halangan duniawi meskipun halangan itu bakal
menggugah PhD nya. Ternyata Allah itu lebih dia utamakan.
Hal ini
selalu juga dipandang remeh oleh segelintir golongan. Meremehkan solat kononnya
kelas itu wajib untuk dipenuhi. Meremehkan solat kononnya menghormati pensyarah
dan teman-teman lain. Tapi tidakkah kita sedar bahawa tindakan sebegini
bermakna kita telah meremehkan Allah demi urusan duniawi. Nauzubillahiminzalik.
Jangan ini yang kita pilih untuk kejayaan duniawi yang sementara cuma.
Siapa Allah di hati kita?
Siapa Allah untuk urusan pelajaran kita?
Adakah
hanya pada saat-saat menghadapi peperiksaan baru kita merayu memohon menghadap
dan mengharap belas kasihan Allah untuk mengurniakan kita kejayaan sedangkan
pada ketika lain kita meletakkan Allah di tepi melebihkan hal duniawi?
Makanya,
marilah kita muhasabah. Situasi di atas hanyalah sebuah pengalaman kecil saya
tapi itu cukup menampar jiwa dan keyakinan saya untuk meletakkan Allah melebihi
segalanya. Saya, Hamooud dan anda juga sangat risaukan akademik. Melanjutkan
pengajian di peringkat tertinggi membawa bukan harapan diri sendiri tapi beribu
pengharapan dari insan-insan tersayang. Bukan sekadar keputusan peperiksaan
yang ‘cukup makan’ sahaja yang kita kejar, tapi kita inginkan kejayaan yang
menjulang tinggi yang mampu dibanggakan. Oleh itu, kepada siapa kita bergantung
harap untuk memperoleh kejayaan? Kepada siapa kita meletakkan sepenuh
pengharapan dan keyakinan kalau bukan kepada Allah?
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan." [Al-Fatihah: 5]
Sesungguhnya
janji Allah itu benar. Allah akan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat buat
hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha meraih cintaNya.
"...maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." [Ali ‘Imran: 76]
Jadi bagaimana kita ini??
No comments:
Post a Comment