persiapan merawat ciptaan Allah yang agung ini perlulah hebat! |
***
Nurul Hana' posted on your timeline
17 April 2012
***
Mutiara ilmu dari
Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani.
1. Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan
belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya.
Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku
terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong
berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian
walaupun dalam keadaan payah. Imam Syafie berkata: "Jika kamu meninggalkan
seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu.
Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy)."
2. Seorang doktor Muslim perlu menguasai
ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid
syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, maruah dan nasab. Contohnya dalam
masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang
jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim
melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.
3. Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu
perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu
daripadanya.
4. Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya
ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit,
padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi
tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan
disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana
keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang
datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik
untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan
menasihati pesakit tersebut dengan baik.
5. Doktor Muslim perlu menghormati manusia
sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari
hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping
daging yang tak berguna, bukan makhluq Allah yang perlu dihormati. Kita perlu
perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah
hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluq Allah, bukan merawat dengan
tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri
kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang
terbaik.
6. Doktor Muslim perlu arif dengan
perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang
dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.
7. Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat
pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka
aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan
sahaja.
8. Pastikan doktor Muslim ini berbeza dengan
doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan
untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam
pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: "kamu sibuk
dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan menjauhkan diri dari perkara
yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik
dari jiwa kamu."
9. Saidina Ali meyebut; Kedudukan seseorang
adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita
beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki.
10. Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat
dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb,
seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang
ini? Beliau menjawab: "Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan,
maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan
selama 20 tahun."
11. Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di
sempadan Afghanistan,aku sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doctor
Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya.
Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; "Aku bukan membuatnya dengan
tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati."
12. Pesanan untuk pelajar perubatan;
"tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah."
~Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluq Allah ini perlulah hebat.~
Dataran Hayyu
A’syir, 7 April 2012.
Wallahua’lam.
Subahanallah,kagum dengan ilmu perubatan yang dikurniakan Allah ini kepada manusia...Ana jurusan Teknikal,MasyaAllah...masih mencari tokoh islam terbaik dalam bidang ini...Jazakallah ! Mantap hasil kerja mu...
ReplyDelete