tahu kenapa persahabatan itu indah? |
"Abbi, kak cik beli tiket ke Tanah Merah," terangku selepas membalas salam.
"Kenapa tak beli ke Jerteh?" abbi bertanya. Jerteh jika kira lebih dekat dan menyenangkan untuk sampai ke rumah. Tidak perlu nanti 4-5 pagi abbi mengambilku. 45minit perjalanan mengambil dan 45minit perjalanan pulang kembali ke rumah. 1jam setengah totalnya. Jauh beza jika tiket Jerteh, hanya 30minit total.
"Hmmm tiket Jerteh mahal 48, tiket Tanah Merah 34," balasku. *harga juga jauh beza~
"Oo tak perlah,"
"Siapa yang nak datang ambil nanti abbi? tak susahkan ke nanti, ramai ni, 15 orang," aku menyampaikan kerisauanku. Pagi-pagi hari nak ganggu istirehat orang, risau juga..
"Insyallah nanti abbi datang ambil dengan Cikgu Mie," balas abbiku.
"Tak susahkan pak cik mie ke nanti?"
"Itu kan, sahabat kita," dan aku terdiam.
ayat itu.... kenapa ya?
Seakan ada aura, memberi kekuatan dan ketenangan. Malah aku dapat merasakan abbi tersenyum senang ketika mengucapkannya.
Ya, ayat itu POWER!
Sepatah ayat itu aku rasakan abbi ingin menyampaikan banyak.
panjang aku fikir
dan akhirnya aku tersenyum.
"itukan sahabat kita" =)
Indahkan?
p/s: 'Sekolah cinta Rasulullah' tertangkap dek mata, terambil dek tangan. Insyallah tugasan dalan cuti nanti, doakan ya.
subhanallah. ya, memang power.
ReplyDelete"itukan sahabat kita."