Friday, April 27, 2012

STOP and run!



lari itu sungguh menenangkan




Dia mengah, tangan memegang kemas sisi tangga. Penat! Akhirnya dia jatuh terduduk. Nafas dikawal agar teratur. Pandangan menghala ke hadapan, langit gelap memekat ditemani bintang-bintang. Sekolah waktu begini memang sunyi sepi tambahan pula yang masih tinggal di asrama hanyalah pelajar yang bakal menduduki SPM. Suasana sunyi, sepi, sejuk dan dingin sedikit sebanyak mendamaikan hatinya.


PApp! Sejuk!


Pipi kiri dipegang dengan mata memandang kesebelah. Ain tersengih dengan 100plus ditangan.


"Baguslah pagi-pagi hari dah lari," 100plus bertukar tangan. Sengih.


"Risau?" Ain melemparkan soalan.


"Bio taknak masuk" lambat-lambat dia menjawab.


Diam.


"Ain.."


Ain memandang


Sengih


"No, no, tak nak," Ain mengeleng kepala sambil tangan dihuyung kiri kanan.


"alaaaaa please,"


"kau ni, time-time kritikal pun still nak guna pakai cara lama ke?" aisssyeenn sungguhlaa kawan aku sorang ni.


"sebab kritikal laa kena pakai method ini, please"


"............."


"please, please nanti aku belanja ais krim" wajah kesian dipamerkan.


"serious? larat tak nanti?"


"Serious laa. Insyallah ok," ibu jari diangkat. "aku akan buat one go je, semua sekali esok"


"hmmmm...."




***


Langkah kaki diperkemaskan. Perlahan-lahan kaki digerakkan.


"Tie, 3 round saja tau" Ain mengingatkan risau. Dia menangkat tangan tanda ok.


Langkah yang tadinya perlahan digerakkan laju. Momentum yang sama dikekalkan sehingga 5 pusingan padang. 200meter terakhir dia memecut laju, sempat dia menangkap Ain menjerit melarang. Di garisan penamat dia jatuh kepenatan. Ain berlari.


"Kau ni memang tak sayang diri, " tangannya dicapai memaksanya untuk bangun. Perlahan-lahan bergerak ke bawah pokok. "Dah agak kau takkan dengar, 3 roundlah konon. Last-last kau hentam 5 round siap pecut lagi, nasib tak buat 10 macam dulu" Ain membebel. Dia tergelak, "sorry tak dapat control"


"Yerlah tuh, nah" Ain menghulur. Dia memandang dengan kening terangkat. "Habiskan, alang-alang dah start"


Kertas yang dihulur diambil. "Thanks Ain" Senyuman dilemparkan. *ingatkan dah tak nak kasi tadi*


"Dan pagi esok teman aku pula, usaha gempak macamana pun kalau tak minta dengan Dia tak cukup"


Senyum lagi, "Aii aii kapten!"


dan hari itulah Bio menduduki tempat dalam memorinya.


***


Sometime kalau kita study dan baca all the things we learn 
but still benda tuh tak masuk, 
STOP STUDYING AND REVISING!
Pergi ambil wudhuk, solat 2 rakaat then doa.
Only after that sambung balik.



dan ingat juga
"Kejayaan itu memerlukan usaha
tapi bukanlah kejayaan itu kerana usaha"









Memori SPM:
Time tak dapat hafal Bio/Chem,
petang tuh akan cari bola basket
paling tak, malam tuh lari naik turun tangga
or pagi akan lari sekeliling court
hafal dalam situasi macam tuh
Do works on me =)
and I miss that~

1 comment:

  1. Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya...Nice style;)

    ReplyDelete