Wednesday, April 18, 2012

[12:87]




Untuk kamu sayangku,

Tiada manusia yang meminta untuk dilahirkan gagal, tiada manusia juga yang berdoa agar dia gagal. Setiap insan pastinya inginkan kejayaan dan kebahagian. Namun sekiranya sebaliknya berlaku?

Tenanglah, tenangkan dirimu, Allah sedang mengujimu. Senyumlah taktala Dia masih memandangmu, taktala Dia masih ingin mengujimu. Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hambaNya. Tidak pernah!

Allah tidak pernah meninggalkanmu, jauh sekali membencimu.

Taktala kau rasa perjalanan ini terlalu berat, terlalu sukar, tenanglah, sabarlah. Adakah kau kira Dia akan biarkan dikau bersendirian? Dia sedang menguji hubunganmu denganNya maka adakah kau akan menjauh? berburuk sangka denganNya? berputus asa sahaja?

Tenanglah, dan tenanglah, Dia ada. Allah ada. Allah sentiasa ada untukmu.

Jangan putus asa sayangku, teruskan usaha sehingga ke titisan terakhir. Ingatlah putus asa itu bukannya akhlak seorang mukmin.

Allah tidak akan membiarkanmu. Allah sedang melihat segala usaha yang dikau lakukan, Allah sedang memandangmu. Senyumlah dan tabahlah. Allah ada bersamamu. Bila engkau telah meletakkan segala-galanya maka bertawakallah padaNya. Dia pastinya akan memutuskan yang terbaik buatmu.

"hanya yang tidak percaya pada Allah sahaja akan berputus asa" [12:87]

Semoga dikau sayangku, terus tabah dalam perjuangan ini.




1 comment:

  1. “Orang mukmin yang kuat LEBIH BAIK DI SISI ALLAH dan LEBIH DIKASIHI daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah berkata, ‘Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah terjadi begitu begini’, tetapi katakanlah ‘Allah telah takdirkan, dan apa yg dikehendaki oleh kebijaksanaaNya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (hadith riwayat sahih Muslim).

    ReplyDelete