Monday, December 31, 2012

Pain


really wanna go home, sungguh











sakit itu perlu,
sebab itu satu bukti
kau masih punya hati

maka bilamana kau tak rasa sakit
kau tahu, kau kehilangannya
dan bagaimana mungkin
berjalan tanpa hati?

tubuhnya bergerak,
hatinya mati 










"Ya Allah, tambahkanlah bagiku firasat, hati yang sentiasa hidup serta jiwa dan perasaan yang sentiasa sedar"



Saturday, December 29, 2012

Kau sepi


sekejap cuma


seminggu
khabar kau sepi
aku risau 
cuma aku tahu
Allah pasti menjagamu
Dialah sebaik-baik penjaga
dan Dia juga yang akan melapangkan dadamu
dan yang akan memudahkan urusanmu
aku yakin!



maka
aku tak perlu membunuh sesiapa lagi
dek kerisauan aku
bukan







sahabat,
aku tidak mahu mengatakan 'SABAR'
kerna aku tahu ia tak semudah itu
tapi aku mahu kau yakin
yang Dia akan sentiasa bersamamu
sentiasa!

aku mahu kau seyakin Hajar saat ditinggal Ibrahim
"pada siapa kau tinggalkan kami?"
kerna aku sentiasa percaya
bahwa Dia takkan pernah meninggalkan hambaNya
YAKIN!

Friday, December 28, 2012

Jarak


noda-noda kecil menambahkan lagi jarak antara kita



Adakah saat terjujur manusia bila dia melagukan
pengaduan, rintihan, dosa-dosa dia pada Tuhan?
[UmairahShafie]



Aku bawa hati untuk tuangkan segala rasa yang tidak terluah pada Tuhan.
Hati. kau sedih, ceritakan semua pada Dia.
Hati. kau kecewa, adukan segala pada Dia.
Ya, Dia dengar, Dia faham, Dia bersama kau.



"Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki. Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu." 
[Afdholul Rahman, LI]


Saat kau biarkan yang kiri
gelapkan catatan
dan kau biarkan yang kanan
menunggu
apa kau rasa kau boleh diam saja?
[aku]


How long will you cut your years with sins
before turning to Allah?



"Semoga tidak akan kita lupa betapa hebatnya yakin Ibrahim pada Tuhan.

Kerana berapa ramai kita membuang ragu baiknya Tuhan bila mana datang musibah atas kita? Malah yang lebih selalu, bila datang hari-hari hancur, siap kita tanya-tanya Tuhan kita.

Malu sungguh jadi kita."






"I call upon You, my Master, with a tongue whose sins have it mute,
My Lord, I whisper to You with a heart whose crime have destroyed it,
I call upon You, my Lord, with both fear and desire."

Friday, December 21, 2012

That happened

#sungguh ini bukan cerpen sekadar contengan memori

dan itulah saat aku jatuh cinta ::alhamdulillah::


Tangan dah menggeletar, bibir diketap kuat. Sakit! Baju terasa sedikit basah dengan peluh. Badan dah mula terasa panas. 

Air liur ditelan perlahan, nafas diatur dengan payah. Jam di dinding dijeling, lagi 5 minit. Esok, tutorial, praktikal aargh homework sonnet 18. Kaki digagahkan berdiri namun belum apa-apa lutut dah bertemu lantai, tangan menahan badan dari jatuh. Pening.

Air liur ditelan lagi. Kepala menghitung-hitung masa dengan kerja yang perlu disiapkan.

"Sempat insyallah" Bila belajar semua fakulti insan kena pakai, bukan dalam keadaan badan begini. Badan direbah, selimut ditarik menutupi seluruh badan. "Oh Allah, ease my day" Lelap.

***

Keriuhan pelajar pulang dari prep malam membuatkan dia terjaga sekejap sebelum kembali lena.

***

"Ty, art bangun, makan ubat ni dulu"  Dahi berkerut, terganggu.

"Ty" bahu digoncang lembut. Perlahan mata dibuka. Wajah senior ditatap dan kemudian mata kembali pejam.

"Ty"

"Hmmmm..." 

"Makan ubat"

"Tak nak" Degil

Dahi terasa sejuk "Panas ni, makan ubat dulu"

"Tak nak!" suara dah mula meninggi.

"Ty"

"Tak nak, tak suka!" Badan dipalingkan arah bertentangan.

Senyap

"Ty" bahu ditarik kehadapan "bangun" 

Kepala makin pening, bosan.

Dia bangun mendadak, ubat dan gelas di tangan senior dirampas kasar sebelum disumbat masuk. 

"Dah?" sempat dia bertanya sebelum kembali baring, selimut ditarik dan badan menghadap ke dinding.

***

Malamnya dia terjaga, lapar. Baru teringat tadi tak sempat berbuka pun. Tangan menyentuh dahi, patutlah sejuk ada tuala lembab rupanya. Daun? Kepala berpaling ke sebelah kiri, senior. Kelihatan senior tidur beralaskan tangan di birai katil. Dia menarik nafas, serba salah. Mata kembali pejam.

***

"Ty", bahu terasa digoncang "bangun, sahur"

Mata dibuka perlahan, suhu badan dah kembali normal cumanya kepala masih berdenyut. Dia duduk.

"Nah" pinggan di tangan dihulurkan.

Wajah senior dipandang sepi. 

"Kenapa?"

Kepala digeleng perlahan, sudu dimainkan.

"Makanlah dah nak subuh dah pun" senior kembali menghadap buku.

"Hmmm.."

***

Pagi itu, dialah penghuni pertama blok akademik. Mujur segala kerja sempat disiapkan. Benar barangkali slogan "Bila badan sihat, otak pun cergas". Barangkali. Selesai, nafas lega ditarik. Tutorial kimia! Lupa. dan itu adalah kerja berkumpulan, semalam janji untuk selesaikan. Part dia memang dah selesai tapi teammates yang lain. Tangan mengurut leher. Habislah.


"Assalamualaikum" 

Salam dijawab perlahan. 

"Awal hari ni?" 

Senyum.

"Dah sihat ke?" Beg diletakkan di atas meja. 

"Alhamdulillah" Buku dikemas sebelum bangkit mengikuti Suria. Roll call.

"Untunglah sakit ada orang jaga" 

Bahu dijungkit, "errr tutorial kimia korang dah buat belum?" serba salah.

Senyum "Dah siap, beres"

Dahi berkerut, "Erh?"

"Senior tolong semalam, bersungguh dia tak bagi kacau kau"

"ooo"

"Semalam kau memang menakutkan, temperature tinggi habis. Dan yang paling risau, seniorlah. Hampir-hampir nak call warden tapi senior kata bila kau sihat nanti kau akan bunuh kiteorang. Jadi pakai daun bunga raya jerlah"

Memang, hospital tempat paling tak suka dan ubat adalah benda paling dibenci. Maka secara tak langsung dia jadi tidak suka bila ada yang bertindak sebegitu. Haaiiish. *teruk betul*

"Senior, semalamam aku rasa tak tidur"

Langkah terhenti. Kening diangkat.

"Dia risau" diam "tapi kau sedar tak apa kau buat semalam?"

"Hmmm.." angguk perlahan. Tak mungkin lupa.

"Untunglah jadi adik kesayangan ketua biro disiplin"

"Haisss, diamlah"

"Tapi semalam ada orang ponteng prep" Senyum 'kejam'.

Allah! Lupa.










That happened
[dari ini, belajar banyak
terima kasih senior]











"I know you gonna hate me but please pergi hospital nanti"

Senyum
Tak mungkin lepas apa yang berlaku
Cuma kali ini, vise versa, 
ue are da one dat gonna 'hate' me, mungkin
#sungguh malas nak pergi

Thursday, December 20, 2012

PRO Exam 1


Anda tahu dalam medical field hanya ada 2 kali saja profesional exam. Pertama, sewaktu tahun ke 2 dan terakhir sewaktu tahun terakhir. And mine will be on 18 Februari 2013. Dan anda tahu, peluang untuk field ini hanya 3 kali saja. Dengan 3 kali ketidaklulusan, say bye bye to medicine.



TRIO: 59 days 



"If Allah helps you, none can overcome you;
and if He forsakes you,
who is there after HIM that can help you!?
And in Allah (alone) let believers put their trust"
[Quran- 3:160]


"If you were rely upon Allah with reliance due to Him, then He would provide for you just as He provides for the birds. They go out in the morning with empty stomachs but return full." [HR Tirmidzi]













Hope and trust only to HIM

Monday, December 17, 2012

Maaf








Maaf












sedang kau sendiri tahu
bagaimana dasyatnya jahiliyah
kau masih tegar biarkan saja
begitu?
maka
aku kira kau masih tak faham

Wednesday, December 12, 2012

End in mind


Even the prettiest flower will die one day.
It's nature's way of teaching us that nothing lasts forever~



"Kita memang tak pernah tahu bila tarikh kematian tiba
tapi bagaimana mahu mati adalah perancangan kita dengan izinNya"


-rancanglah kematian dan rancanglah bagaimana mahu bangkit di hadapanNya-




ini baru benar begin with the end in mind
"If your ladder is not leaning against the right wall, 
every step you take gets you to the wrong place faster."



Friday, December 07, 2012

Bila? andai kau menanti saja

bukan kau tak tahu, gugur itu ada, layu itu pasti



Apa kau akan biarkan aku tidur dulu
sebelum kau tegur aku?

apa kau akan biarkan aku 
terlena, terleka
sebelum kau tegur aku?

apa kau akan biarkan aku pergi jauh
sebelum kau tegur aku?

apa kau akan biarkan jasad dan roh aku terpisah
sebelum kau tegur aku?

bila?
saat aku tiada lagi?

begitu?











sambut tanganku andai aku terjatuh,
bukan biar tanpa kata sepatah
-anginawan-







aku manusia
kau tahu bukan?

Thursday, November 29, 2012

Eh?




Baru berperasaan bahawa aku ini belum cukup memandang sekeliling,
*sepertinya*

Need more perasaan,
kena gerakkan hati sebelum dia mati

sebab alam ni memang berinteraksi dengan hati dan perasaan




ok, titik!










'You take a long time to acknowledge this and more time to act
but at least, you don't stop"


# EXAM ON

Sunday, November 25, 2012

Adikku




Adikku,

Kakakmu ini tahu,
ia tak mudah bagimu,
namun kakakmu ini yakin,
bahawa Dia sentiasa tahu

Dia tahu akan masa depanmu,
sangat tahu akan perjalananmu,
usaha, itu yang kau perlu lakukan

Saat Dia mengambil sesuatu,
telahpun Dia kuatkan kau dengan sesuatu,
biar 'ia' lemah, tapi hatimu tak lemah,
semakin kuat bicaranya dengan Ilahi

Adikku,
kau tak seorangan
sebab di sini ada kami
ada ALLAH dan seluruh alam ini

maka senyumlah dan melangkahlah dengan pasti
kerna kakakmu yakin, engkau mampu!



"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya) serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka-sangka. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah telah melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[al-Talaq:2-3]




kau tahu adikku apa yang lebihnya kau dari yang lain?
kau punya Allah dalam setiap langkahmu
maka tak pantas untuk kau melemah bukan?







dan terima kasih
untuk selalu hadir gagah dihadapanku
aku mencintaimu bukan hanya kerana kau adikku

Saturday, November 24, 2012

Scholarships


Dear my beloved juniors,

This post is specially make for you. The list of scholarship below was used during my year. Hopefully it will benefit yours also. If you have any doubt please do ask. May Allah bless~


regards =)




Scholarships
  1. JPA/MARA (esilav)
  2. TnB
  3. STAR
  4. Japan
  5. Shell
  6. Petronas (not sure still there or not)
  7. Bank negara
  8. Sime Darby
  9. Khazanah negara

[ongoing lists, insyallah]


For more informations, click here

[we, Heroes0509-Scipp are in the middle of gathering other information and experiences, stay tune]




"Letak Allah dihadapanmu, nescaya kau akan melihat Dia dalam setiap tindakanmu,
jika Dia bersamamu, apa yang perlu engkau risaukan?
jika Dia tidak bersamamu, harapan apa lagi yang kau ada?
Allah dalam setiap pergerakanmu"




Masa depanmu adalah satu rahsia, maka yakinlah padaNya dalam menentukannya.

Thursday, November 22, 2012

Fokus!









F.O.K.U.S
a must!












lulus bukan matlamat
andai begitu
awal-awal lagi aku gagal

tolong doakan aku jumpa DIA
dalam setiap baris kata dan rasa

mahu lulus di sana kelak
doakan

=')



countdown to final
87 days



-----------
saat air mata mengalir dek lelahnya perjalanan, 
ketahuilah Allah tidak lelah menghitung setiap tetes air matamu. 
mungkin air mata itu yang memaniskan segalanya, mungkin.

Wednesday, November 21, 2012

Yang menyakitkan

sebab kau tak belajar darinya



Kau tahu apa yang menyakitkan?


saat kau sakit

tapi kau tak tahu kenapa

lebih menyakitkan 

bila kau pilih tahan dari ubat

dan paling menyakitkan

bila kau pilih untuk tak bangkit




kau kira bagaimana?









currently unstable

Thursday, November 15, 2012

Seringkali begini



[google]


Buka, tutup. Bangun. Duduk balik. Sungguhla, tak boleh jadi ni. Nak mengalir pun ada. Rumah ni banyak habuk barangkali. Heeeh. Kalau tak mula, kita tak tahu hujungnya. Apatah lagi tengahnya. Akan sering kali begini. Menyakinkan diri sendirilah benda yang paling susah nak buat, sungguh. Apatah lagi nak pujuk diri.



***


"tak boleh........."

"apa?"
"anat"
Senyum "insyallah boleh, kena mula, kena rajin, yakin!"

-tarik nafas, pejam mata-


"Bidang ni, ramai yang selesai tapi kecundang"

"erh.."
Senyum "kalau dari awal lagi niat tak kukuh, 5 tahun tuh boleh membunuh"

-tarik nafas, pejam mata-


"penat"

Senyum "biasalah tuh penat study, rasa benda yang sama juga. Yang penting ikhlaskan diri, betulkan niat"

-tarik nafas, pejam mata-



Kalian senyum namun aku gelisah. Tapi entah kenapa, senyum itu membangkit rasa. Senyum kalian menguatkan. Mungkin kerana ketika itu kalian menembak doa. Mungkin. 


***


Ada waktu kau begitu, kuat

Ada masa kau begini, tabah
Banyaknya kau lembik, lemah, kosong

Tak mungkinlah mahu kalah dengan buku

Tak mungkinlah mahu lemah dengan tulisan
Tak mungkinlah mahu lembik dengan hafalan
Tak mungkinlah

Biar susah tetap kena usaha

Biar tak mampu tetap kena mula
Biar rapuh tetap perlu teguh, yakin


::PEJAM, YAKIN, REDAH::

-kau tak berpegang pada yang rapuh-




this path, makes me sick 
just thinking, my hands shaking
kau kira mudah?
tenanglah, SPM lagi susah apa
*tipu*

Beza antara kita



Sungguh beza kita jauh

jasad kalian terluka teruk
dan aku masih sempurna di sini

sungguh beza kita jauh

medan perang kalian dengan peluru dan bom di sana-sini
aku cumanya kertas-kertas tak bernyawa


sungguh beza kita jauh
kalian tak pernah mundur, mengalah
aku sering kali jatuh terduduk, mengah

sungguh beza kita jauh

kalian pergi dengan tiada hisab, bangga.
dan aku perginya nanti entah bagaimana, hina.

sungguh beza kita jauh

tersangat

yang sama,

kalian dan aku
kita punya impian penghujung yang sama
namun tetap berbeza
kalian sudah menjadikannya realiti
sedang aku masih dalam mimpi

sungguh untunglah kalian




****

dan lagi-lagi aku lah yang meminjam kekuatan kalian




Para mulia ditunjuk jadi syuhada';
para pencinta dipilih tuk rasai duka;
agar gugur dosa berlipat pahala;
ke syurga tanpa hisab, tanpa siksa.
[Salim a.fillah]


lanjut, terkini tentang GAZA

Wednesday, November 14, 2012

Aku cemburu




Aku cemburu dengan kalian,
sungguh cemburu,

"untunglah, untunglah"
pasti itu yang terucap
bila akhir hidup kalian dibentangkan

kalian tersenyum bangga
dan aku tertunduk lemah

kalian benar,
kerana menyahut yang benar

sungguh
aku cemburu,
sungguh!







Sejarah bukan angka dan digit
tapi kehidupan yang dirapati dan dicontohi
diterjemah hingga muncul kembali

Tuesday, November 06, 2012

Stay healthy




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Allah will surely gives the best for you.

But you still have to put the best effort.

And don't ever give up along the way..










stay healthy
I need you
in this 'tuna' time
don't get sick

Monday, November 05, 2012

Hanya itu







dari awalnya lagi
aku tak punya harapan begitu
aku tak punya doa begitu
aku tak punya impian begitu


yang ada hanya 
kita ini bersatu
di atas jalanNya yang satu


yang ada hanya 
kita ini terus maju
melangkah menuju yang satu


yang wujud
kau dan aku
kita benar-benar
mencari redhaNya
mengejar cintaNya
menagih kasihNya


hanya itu yang wujud








K.O.B.A.R

Friday, November 02, 2012

Perlu yakin


yang indah, selalunya tidak menyerlah di awalnya



Iman adalah mata yang terbuka
mendahului datangnya cahaya;
tapi jika terlalu silau, pejamkan saja
lalu rasakan hangatnya keajaiban.
(dalam dekapan ukhuwah)


Hampir ingin menitis air mata, bibir diketap. Bagaimana, jika rosak perlu dikeluarkan duit lagi. Argh sudahlah bulan ini sudah banyak belanjanya. Mata dipejam, nafas ditarik perlahan. Nota semua dalam tuh.....

"Sabar, Allah lebih tahu," lembut sapaan itu.

Angguk namun entah kemana saja fikirannya. Dan air mata ternyata degil, perlahan menuruni. Sabar wahai hati. Sabar! Allah sedang mengajarmu sesuatu. Yakin denganNya, yakin!

"Ty..."

Geleng, tangan diangkat tanda jangan risau. Mata dipejam lagi, lama. Nafas kembali ditarik.


"Sungguh ajaib urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikkan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikkan baginya."


Hadith riwayat Muslim dibaca perlahan. Perlahan air mata diseka. Dia ingin yakin, ingin menjadi yang sebegitu. Allah berikanlah kekuatan, hapuskan kebimbangan. Hela nafas kembali dilepaskan.

"Aku yakin padaMu, ya Allah! Aku yakin!" berserah, segalanya.

Biarkan rosak, biarkan jika perlu dikeluar ongkosnya lagi, biarkan. Bukan mahu tapi redha. Kerna yakin Allah menyusun yang lebih baik.

dan

ternyata Dia memberi yang lebih baik, berjuta kali lebih baik.

Tidak rugi bukan meletakkan keyakinan sepenuhnya padanya. Tidak rugi, tidak akan pernah rugi.




"Put your hope and trust only to Allah because 
HE the only one who know your today and tomorrow"




Allah yang mengatur takdirku. TanganNya yang menulis peristiwa, musibah dan kesulitan sebagai sebahagian nikmat dan kemudahanku. Tangan itu juga yang menciptakan dan padaNya jua aku akan kembali. Maka, tidakkah Dia yang mengetahui lebih mengenai diriku? Apakah pantas untuk tidak meletakkan keyakinan padaNya?


Rugi bukan memilih untuk tidak yakin?












to do:
check electricity rumah

Wednesday, October 31, 2012

Song: A child's prayer


[credit: Umar Mita]


I sometimes lie awake at night
And wonder at the stars so bright
I dream about my future too
And the things that I will do

Soon the world will count on me
Im the future they agree
People depend on me somehow
Though small and timid, I am now

So you and I my dearest friend
Must stand together till the end
For we are one by Allahs grace
No matter what our colour or race

We must prepare ourselves today
While we journey on our lifes way
So much there is to learn and see
For true believers we must be

Rap:
Yeah, yeah. Come on.
Yeah, yeah. Come on.
Go forward young Muslims, wherever you are
In the shadow of the sun or by the light of a star
Your Supreme protector is Almighty Allah
Go forward young Muslims wherever you are
Go forward young Muslims we feel your pain.
So many places, Palestine,
People are dying, mothers are crying
Bombs are falling from the sky, people asking why.
The only thing that we can do is pray to God, to help them through
But do they realize that Allah hates those who kill and despise.
I think thats no surprise. We must rise up.
Come on young Muslims, gotta rise up.
Come on young Muslims.
Together we must stand in the Masjid to pray,
Pray for a better day, a better way
To make this world a better place.
Cause lets face it, its out of control.
We need to grab hold of each other, unite as one Ummah.
Like back in the days of the Companions of the Prophet,
Some were young, they were strong and they loved each other
Brothers and sisters and they could die for one another.
Yeah. Yeah.
So stand up young Muslims.
Say it out loud, its time to be counted.
Right here, right now.
Yeah, right here. Come on, right now.

O Allah we love you so
Give us health and make us grow
Be with us each passing day
While we journey on lifes way






either you wait or fight 

Tuesday, October 30, 2012

Sebab kau belum rasa


world is transient and the next world- close at hand


"naik 1 lagi" katanya sedih

"eh naik apa?"

"berat"

senyum, ingatkan apa

"tapi masih sihat alhamdulillah"

"tetap naik juga" risau

"antara sihat dengan kurus, mana yang dipilih?"

"kurus" pantas dijawab

senyum

"sebab kau belum rasa nikmat sihat" tunduk, nafas ditarik "sebab kau belum rasa"

diam

lama kemudian, "sihat mungkin"

senyum, mata dipejam "sebab kau belum rasa nikmat sihat" separuh berbisik


***

ya, sebab kau belum rasa nikmat sihat, sebab kau belum rasa manisnya sakit
1 jam setengah menahan sakit dalam lecture dan malamnya study tertunggak

***





Tuhan baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai ku bersyukur
kini ku harapkan cintaMu....

Monday, October 29, 2012

Tenang


satu hari nanti [kredit: umar mita]




Tenang
kau bukannya tidak mampu
kau cuma butuh waktu

maka
usah menembak tanpa arah tuju
kerna dengannya kau takkan maju

tenang

butuh waktu
untuk maju


...............



Saturday, October 27, 2012

................



Raya eh?

jangan tanya bagaimana rasa

sejak semalam yang nampak buku
laptop
buku balik
meja
kerusi
kertas
tv
buku balik
dan mukabuku pastinya zon larangan
updatenya berbagai perisa



***


Isnin buka modul baru

URINARY & REPRODUCTIVE SYSTEM

*tarik nafas*

dan 
FINAL tinggal 130 hari

*tarik nafas lagi*
fussssssssssh


senyum
segalanya okey
yakin!



no matter what
I love this
anemic? hypo?
I don't care

Friday, October 26, 2012

LL#3: Aku segan, aku malu

rupanya masih terperangkap dalam ruangan waktu


aku segan
aku malu

bila si kecil melafazkan kata
"adik 5 tahun dah!"
bukan main-main bicaranya
tegas!

sedang aku?
masih dibuai rasa
usia itu boleh disia-siakan

sungguh
aku segan
aku malu

yang berusia 20 tahun
masih boleh berkata
"alaaah baru 20 tahun"

masihkah aku
memikirkan 20 tahun itu boleh dibazirkan?

sungguh
aku segan 
aku malu



****


dia,
kecil namun berjiwa besar
kau,
besar namun berjiwa kecil

adakah kau tidak segan?
adakah kau tidak malu?





#headshot#

Thursday, October 25, 2012

Tak mungkin!


waktu itu tetap akan sampai



Tak mungkin


Tak mungkin


dan 


TAK MUNGKIN


sesekali


T.I.D.A.K!


tak mungkinlah
al-haq itu dikembalikan oleh mereka yang bermalas-malasan
yang sentiasa mencipta alasan
liat dalam dakwah dan peningkatan
yang perlu diketuk berterus-terusan

apa yang mungkin
diri terbuang
dibiarkan Allah dengan keasyikan
tertipu dengan jalan kehancuran


"...Dan Allahlah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan (kurniaanNya). 
Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) 
Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, 
dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu."
[Muhammad 47:38]





"Harus sungguh-sungguh dan sabar dalam meniti perjalanan ini,
perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidak sungguhan,
azam yang lemah
dan pengorbanan yang sedikit"
-Sang Murabbi-




"Waktu itu tetap akan sampai
namun bukan buat yang bermalasan"



#headshot#

Sunday, October 21, 2012

LL#2: Bersama belajar

 hari-hari ada sesuatu [google]

Dalam perjalanan bas ke Shah Alam, tertulis ini tadi.

***


Perbualan kami bertiga


"Kak husna pergi tak KOBAR?"

"Insyallah, tiqah?"

Senyum "Insyallah"

"Untungla boleh pergi, kami 2hb interview, 3-4hb kobar, 5 exam"

"Boleh jer nak pergi tapi kena study awallah"

"Haah, ambil course ni memang kena selalu study awal kalau nak pergi program"

"Tuhlaa, insyallah nak tengok macamana, nak pergi jugak kobar tuh, rugi kalau terlepas"

"Kalau hajat, Insyallah Allah bagi"

"Papepun utamakan yang lebih fardhu, k"

Dan kami berdua angguk setuju.

"UTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA, BERSEDIA AWAL. SENTIASA!"

***

Curi-curi dengar


"Sejak masuk clinical ni memang dah busy sikit. Sebab dah join usrah kolej punya so tak dapat join usrah mereka" *rujuk pada kami*

"Asalkan ada usrah, ada tempat nak tingkatkan diri, ada tempat nak ketuk diri, jangan pula tika kita sibuk kita tolak usrah"

Angguk

"Mana tahu sebab usrah tuh Allah bagi kelapangan dalam belajar, Allah bagi lebih banyak faham, masa yang kita study tuh walau sedikit lagi berkesan dari masa kita yang study banyak tika kita tolak usrah"

"Betul jugak"

"Tika kita membantu Allah, Allah akan bantu kita"

Senyum

"Yang penting usrah tetap berjalan biar sebusy mana, tak semestinya mesti ada pengisian secara direct, usrah tuhkan unik"

senyum lagi

JANGAN SEBAB BUSY KITA TINGGAL USRAH

***




Kita akan belajar banyak bila
kita bersama yang sentiasa berhubung ke langit

Hati sekeras batu

bila hati sekeras batu [pic by devianart]



"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
(Al-Baqarah 2:74)


hati yang takkan pernah lunak selamanya
dan Dia mengingatkan


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka dalam mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka, dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakkan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
(al-Hadiid 57:16)


Kerasnya hati Bani Israel,
setelah mengenal pelajaran,
setelah menyaksikan sendiri tanda-tanda kebesaran Allah dan mukjizatNya,
dihidupkan yang terbunuh
dibicarakan yang dihidupkan
namun masih tetap mendustakan
biar sendiri menyaksikan.

Kerasnya hati mereka laksana batu yang tidak dapat dilunak,
atau bahkan lebih keras lagi dari batu-batu itu,
Kerna celah-celah batu masih bisa memancarkan mata air
yang mengaliri sungai-sungai,
adapula diantara batu-batu tersebut terbelah
sehingga keluarlah air darinya
mestipun tidak dapat mengalir.
ada juga yang meluncur jatuh dari puncak gunung
kerna ketakutan kepada Allah.


KERNA TAKUT PADANYA


Berkata Ar-Razi, al-Qurthubi dan iman lainnya,
"Sesungguhnya Allah SWT menciptakan sifat-sifat tersebut pada batu,
sebagaimana dalam firmanNya;
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada
langit, bumi dan gunung-ganang,
maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu
dan mereka khawatir akan mengkhianatinya"
(al Ahzab 33: 72)

demikian juga firmanNya;
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya
bertasbih kepada Allah"
(al-Israa' 17: 44)

dan juga firmanNya;
"Kemudiannya (langit dan bumi) menjawab,
Kami datang dengan senang hati"
(Fushshilat 41: 11)

dan;
"Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini pada gunung,
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah
kerana takut kepada Allah"
(al-Hasyr 59: 21)



***dari tafsir Ibnu Kathir***



ketika mereka tunduk,
bertasbih dengan kerendahan

engkau?

seangkuh mana,
sesombong mana,
dan sekeras mana hatimu?





tulis ini semalam tapi hari ni Allah ajar lebih
tadi dapat tajuk lemahnya iman,
ada sentuh pasal kerasnya hati
comel kan? #alhamdulillah#

Friday, October 19, 2012

LL#1: Dalam dekapan ukhuwah


saling mencintai dalam dekapan ukhuwah



selepas makan-makan


dari belakang

"amal" 

pusing

"aku sayang kau"

senyap
tiada respond

"opssst tak dengar kan?"

"dengar, 
tapi kau tahu kan aku takkan balas"

heeeh muka dah segan habis

"tahu"
dalam hati
"kau dah balas pun"


***


"maka ukhuwah ni keyword dia saling lengkap melengkapi"

"bak kata dayu, nobody perfect"

sengih

"dan tahap ukhuwah tuh ada 3 kan?"

"haah atau boleh juga jadi 2"

"eh?"

"yang paling rendah berlapang dada dengan cara bersangka baik,
dan tertinggi itsar, melebihi sahabat lebih dari diri sendiri"

angguk

"tapi bersangka baik hmmmm..."

"susahkan?"

"haah"

"aku juga sama, terkadang tak mampu, terkadang lupa, selalunya banyak lompang"

"usahalah, saling ketuk mengetuk nanti"

senyum


***

bukan begini, tapi begitulah
biar kita berlainan jalan tetap kita punya tujuan sama
aku pohon Allah menetapkan hati kita 
mempersatukan dan menguatkan kita


"Sungguh setiap mukmin itu bersaudara"






Happy belated and becoming birthday
sahabat kasih
<3