Monday, April 30, 2012

When standing strong is hard


U and I are going to be OK, u know that right?





It's not!

You actually have NO reason to break down
It might be hard to standing strong
but you really have NO reason to break down
seriously none
and you know why 
=)




"Find 100 reasons to be strong and 
100 reasons not to be weak"
(Sir Abduh)








Read more:

Sunday, April 29, 2012

Song: Langkah tercipta


Dia ada, tenanglah





LANGKAH TERCIPTA



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


by UNIC















rasa bagai keliling banyak habuk,
penat, letih, risau, takut, bimbang ='(
Oh Allah, please give me strength and comfort
jika dengan usaha aku saja, aku sangat yakin
aku tidak mampu untuk melakukannya
Maka ya Rabb, bantulah


Saturday, April 28, 2012

Postpone success



A real fighter, fight until the end, to the very last breath
we are the one!


Manusia meletakkan kejayaan itu dengan sesuatu yang hanya boleh dipandang dengan mata. Jika tidak berjaya maka automatiknya mereka itu gagal. *senyum* Betapa sempitnya pemikiran sebegini. 

Adakah apabila mereka tidak berjaya maka mereka perlu berundur? Betapa tidak patutnya pemikiran mereka ini. *kesian*

Ketahuilah orang yang berusaha namun masih belum lagi menggapai apa yang mereka inginkan bukanlah sesuatu kegagalan bagiku. Mereka ini bahkan lebih baik dari mereka-mereka yang lainnya.


Maka, kau tahu apa makna kejayaan?

Kejayaan itu adalah juara dalam pertandingan
Kejayaan itu adalah A dalam pelajaran
Kejayaan itu adalah lulus cemerlang
Kejayaan itu dengan harta yang bertimbun
Kejayaan itu dengan kereta mewah, rumah bertingkat
Kejayaan itu dengan nama yang disanjung dan dijulang

Seriously, itu makna kejayaan anda? Sempit sangat kejayaan anda jika hanya sekadar itu. *senyum lagi*

Ketahuilah inilah makna sebenar kejayaan

KEJAYAAN itu adalah keupayaan untuk bergerak dari satu kegagalan atau kekecewaan tanpa ada rasa kehilangan keinginan dan semangat untuk berjaya. 

Dalam erti kata lain, mereka yang benar-benar berjaya adalah mereka yang tidak pernah memadamkan obor semangat dan keazaman mereka, mereka ini adalah orang-orang yang terus berusaha, mereka ini adalah orang-orang yang tidak memperlahankan langkah mereka apatah lagi menghentikannya. Mereka biarpun diejek, dipandang serong tetap tidak henti-henti membaiki diri.

Dan mereka ini adalah orang yang super duper hebat orangnya dengan meletakkan Allah dihadapan dan dalam setiap langkah mereka. Mereka ini adalah orang yang faham akan [12:87] dan [13:11] dan [2:45]

MEREKA ITULAH ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA. Tidakkah dikau memerhatikan? Lebih baik dari kamu yang meletakkan kejayaan ditempat terendah.

Maka dikau, jangan disangka mereka yang seringkali gagal itu tidak punya harapan. Mereka yang tidak berjaya itu akan berterusan tidak berjaya. Mungkin suatu hari nanti kau akan mendongak untuk melihat mereka. =)

dan jangan disangka juga yang memiliki tangga atas akan terus-terusan begitu.
  




Someone need to stand up
to give voice that need
to be the shoulder to lean on
don't deserve to be pity, don't need tear
but strength to move on!


p/s: sesuatu yang sudah menyakitkan jangan dikau tambahnya lagi!


Friday, April 27, 2012

STOP and run!



lari itu sungguh menenangkan




Dia mengah, tangan memegang kemas sisi tangga. Penat! Akhirnya dia jatuh terduduk. Nafas dikawal agar teratur. Pandangan menghala ke hadapan, langit gelap memekat ditemani bintang-bintang. Sekolah waktu begini memang sunyi sepi tambahan pula yang masih tinggal di asrama hanyalah pelajar yang bakal menduduki SPM. Suasana sunyi, sepi, sejuk dan dingin sedikit sebanyak mendamaikan hatinya.


PApp! Sejuk!


Pipi kiri dipegang dengan mata memandang kesebelah. Ain tersengih dengan 100plus ditangan.


"Baguslah pagi-pagi hari dah lari," 100plus bertukar tangan. Sengih.


"Risau?" Ain melemparkan soalan.


"Bio taknak masuk" lambat-lambat dia menjawab.


Diam.


"Ain.."


Ain memandang


Sengih


"No, no, tak nak," Ain mengeleng kepala sambil tangan dihuyung kiri kanan.


"alaaaaa please,"


"kau ni, time-time kritikal pun still nak guna pakai cara lama ke?" aisssyeenn sungguhlaa kawan aku sorang ni.


"sebab kritikal laa kena pakai method ini, please"


"............."


"please, please nanti aku belanja ais krim" wajah kesian dipamerkan.


"serious? larat tak nanti?"


"Serious laa. Insyallah ok," ibu jari diangkat. "aku akan buat one go je, semua sekali esok"


"hmmmm...."




***


Langkah kaki diperkemaskan. Perlahan-lahan kaki digerakkan.


"Tie, 3 round saja tau" Ain mengingatkan risau. Dia menangkat tangan tanda ok.


Langkah yang tadinya perlahan digerakkan laju. Momentum yang sama dikekalkan sehingga 5 pusingan padang. 200meter terakhir dia memecut laju, sempat dia menangkap Ain menjerit melarang. Di garisan penamat dia jatuh kepenatan. Ain berlari.


"Kau ni memang tak sayang diri, " tangannya dicapai memaksanya untuk bangun. Perlahan-lahan bergerak ke bawah pokok. "Dah agak kau takkan dengar, 3 roundlah konon. Last-last kau hentam 5 round siap pecut lagi, nasib tak buat 10 macam dulu" Ain membebel. Dia tergelak, "sorry tak dapat control"


"Yerlah tuh, nah" Ain menghulur. Dia memandang dengan kening terangkat. "Habiskan, alang-alang dah start"


Kertas yang dihulur diambil. "Thanks Ain" Senyuman dilemparkan. *ingatkan dah tak nak kasi tadi*


"Dan pagi esok teman aku pula, usaha gempak macamana pun kalau tak minta dengan Dia tak cukup"


Senyum lagi, "Aii aii kapten!"


dan hari itulah Bio menduduki tempat dalam memorinya.


***


Sometime kalau kita study dan baca all the things we learn 
but still benda tuh tak masuk, 
STOP STUDYING AND REVISING!
Pergi ambil wudhuk, solat 2 rakaat then doa.
Only after that sambung balik.



dan ingat juga
"Kejayaan itu memerlukan usaha
tapi bukanlah kejayaan itu kerana usaha"









Memori SPM:
Time tak dapat hafal Bio/Chem,
petang tuh akan cari bola basket
paling tak, malam tuh lari naik turun tangga
or pagi akan lari sekeliling court
hafal dalam situasi macam tuh
Do works on me =)
and I miss that~

Thursday, April 26, 2012

Medstory: Nobody tells this




Yes! nobody tells this to newbie. Nobody told me also and I wished someone had told me before. I run into this field because of that 'good' result, because of that so-called-good-feeling. But there is this gap. For the first couple years, I have been fighting, but it's not that good. It's trying to be good, it has potential, but it's not. You taste that you got yourself into this game, is still killer.  Works, outcomes after all the fighting it still disappoints you. There's people who never get past this phase; they QUIT! But still most of people I know went through years of this. Failure, is an event that will be so familiar. Thus, STAND UP is thing that is needed. We gonna go through this. And if you just starting out or you are still at this phase, you gotta know it is normal and most important thing you have to look inside you, reach to you comfort zone. It's time to STEP OUT! It's time to get hurt, it's time to break you heart, it's time to leave all the things you love. If you never leave your comfort zone you will never go any further. Close the door of comfort, step into the lots-of-work and do it all the best you can. It's only by going through a volume of work that you will close that gap and your work will be as good as your ambitions. That lots to view, lots to read, lots to understand, lots to memorize you can do it all if you put yourself on a deadline. One by one you gonna finish it all. And I do believe those who have courage to jump into this field, all can do it! It's gonna take a while and it's normal to take a while. I, myself took longer time to figure out how. We can do it. We gonna fight the way through.


"You have to believe in yourself, stronger your bond with Allah and fight for the best! Lets just do the best and lets Allah do the rest. He knows the best. You will never break if you put your trust in HIM"


Wednesday, April 25, 2012

Mutiara kata: Dr. Yusri Rushdi


persiapan merawat ciptaan Allah yang agung ini perlulah hebat!

***

Nurul Hana' posted on your timeline
17 April 2012

***


Mutiara ilmu dari Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani.


1.       Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah. Imam Syafie berkata: "Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy)."


2.       Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, maruah dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.


3.       Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu daripadanya.


4.       Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit, padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan menasihati pesakit tersebut dengan baik.


5.       Doktor Muslim perlu menghormati manusia sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping daging yang tak berguna, bukan makhluq Allah yang perlu dihormati. Kita perlu perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluq Allah, bukan merawat dengan tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang terbaik.


6.       Doktor Muslim perlu arif dengan perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.


7.       Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan sahaja.


8.       Pastikan doktor Muslim ini berbeza dengan doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: "kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan menjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu."


9.       Saidina Ali meyebut; Kedudukan seseorang adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki.


10.     Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: "Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun."


11.      Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan,aku sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doctor Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; "Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati."


12.      Pesanan untuk pelajar perubatan; 
"tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah."


~Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluq Allah ini perlulah hebat.~


Dataran Hayyu A’syir, 7 April 2012.
Wallahua’lam.



Thursday, April 19, 2012

Book: Submission to destiny





Many people frequently fall into despair when faced with an unexpected and sudden event. Take the example of those who have been unsuccessful at work, lost something they love, or failed an important exam. If such things have become their goals, they will be unable to cope with such unexpected results and experience great sadness, for they have placed all of their hopes and goals upon the chain of events happening as they had envisioned.


However, life does not always go according to one's plans, which means that people can face many unexpected events. For example, somebody who really wants to be an architect will study very hard for the entrance exam. All of her future plans are based upon becoming an architect. But something she never expects happens: She is accepted into another program. Having planned to become an architect, she now finds herself studying for an entirely different career.


Many unexpected events may befall people throughout their lives, for, in reality, no one knows what is going to happen even one second from now. The only thing that we know for sure is that everything in a person's life is determined long before he or she is even born. In other words, all events in a person's life are determined in "timelessness”.  When the appointed day and time arrive, he or she will experience that event, because Allah has made it part of their destiny. Given these facts, it will come to pass.


Generally any event, whether cars crashing into each other or any other unexpected event, takes place within a matter of seconds. From the drivers' loss of concentration to the music playing and the clothes worn – Allah had created and planned every detail of that particular event in His destiny. The person who was going to have that accident wore those clothes, left home, and turned onto the street where the accident would occur. Nothing could have prevented it.


This is how Allah preordains events. At this point, people begin to use the following logic: "If only I hadn 't gone into that street" or "If only I hadn't been playing with the tape and had concentrated on the road." But such logic is quite faulty and incorrect and, moreover, leads to unending complaining and regret. Although many causes may be found for the accident, the reality is that the accident and its causes were created in the course of destiny.


A person coming face to face with this truth for the first time might think: "Okay. Well, what could I have done? If everything is already written in my destiny and Allah knows about them, how am I supposed to behave when these situations occur?"


The Qur'an answers the above questions very clearly, and so we turn to it to find the truth for everything. According to the Qur'an, the best way to act and the best attitude to have is to submit to our destiny, look for the best in everything, not to get upset or fall into despair, and to be a grateful servant under all circumstances.



Say: "Nothing can happen to us except what Allah has ordained for us. He is Our Master. It is in Allah that the believers should put their trust." (Surat at-Taubah: 51)



Muslims who have faith in Allah, believe in the hereafter's existence, and fear Allah submit to our Lord, Who has created everything. In other words, they submit completely to whatever happens to them and do not despair, because they know that He controls everything and is their best Friend and Protector. Muslims know that panicking or losing hope are very wrong, because Allah, the most perfect Creator, has created every event. Thus, the event in question has been created in the most perfect way. Even though sometimes the events may appear to be negative, each believer knows that good comes out of everything.


Believers and unbelievers have very different reactions to events. For example, a believer may be late for an interview that she assumes will be good for her and thus lose a unique opportunity. However, assured that everything is predestined and that her being late is utterly under Allah's control, she sees a good in this unexpected event, thanks Allah for it, and hopes for a better end. She knows that it would be wrong to attribute this turn of events to such causes as traffic congestion or a flat tire. Indeed, if Allah had so willed, traffic congestion would have reduced or the tire would not have been punctured.


These or similar conditions are surely the apparent reasons for being late. Yet, more important than these apparent reasons is Allah's divine plan, which specially decreed that event long ago, and that destiny was only fulfilling itself as Allah willed.


All obstacles come into existence because Allah wills a good for believers. If people are to understand this submission fully, they must take Allah as their sole Friend and Protector and turn to Him in complete sincerity. A most telling characteristic of the morality that Allah wills for believers is that they do not become sad or negative or fall into despair, no matter what they may encounter.


Hopelessness indicates disbelief or weak faith, and is a consequence of one's failure to comprehend that everything takes place according to destiny. Allah draws our attention to this error, for under despair lies a mood and rationale opposed to the very values of the Qur'an. Such an attitude is forbidden, because Allah advises people to trust in Him, be hopeful, and see good in all that happens.


When confronted with the most negative events, and even such unexpected ones as being wounded or losing everything, believers display an extremely submissive and patient character, since they know that Allah creates every event. He creates every being, both the visible and the invisible, with a flawless design, and gives life to each of them. Allah, the Creator of everything, also created all human beings, regardless of time or place, and their individual destinies. The minor events experienced by a person living in a distant land also are under Allah's control, for He sees every thing and place, and hears every noise. Moreover, Allah creates the concepts of "space," "sound," and "image."


Given that He controls everything, giving way to despair is always an error, for the event will happen regardless of whether one wants it to or not. Besides, all events occur for some good reason. What is important here is to see the good in events. Those who do so will see how perfectly and flawlessly Allah creates events, and this attitude will enable them to obtain a more profound faith.


Such a line also exists between hope and despair. Hope befits reason and rationale, while despair is utterly against it. For instance, one may fail a test despite studying hard. Let's assume that he has been shaken and fallen into despair, since he worked so hard but still failed. He obviously does not benefit from such a mood, and the ensuing distress and trouble harms both his body and soul. But in reality, Allah wills another good for him. 


Throughout their lives, people encounter events that seem to serve no clear purpose: They cannot get a job they like, lose some money they desperately need, lose something they cherish, or lose through theft possessions that they could buy only after years of hard work. Such events may happen to everyone. Indeed, Allah makes it clear that people are tested by their souls and possessions. In one of his sayings, our Prophet (saas) made this clear:


“Whatever Allah takes is for Him, and whatever He gives is for Him. Everything with Him has a limited fixed term (in this world), and so people should be patient and hope for Allah's reward." (Sahih Bukhari)


Thus, those who remain patient will attain good, whereas those who rebel and despair will lose.


It is vital to fully comprehend the importance of being hopeful and to be patient in order to gain Paradise. Being positive is obligatory, as the following verse shows:


“Do not despair of solace from Allah. No one despairs of solace from Allah except for people who do not believe.” (Surah Yusuf: 87)


As Allah commands that we have this attitude, we must realize that He dislikes any type of despair. Thus, we must take Allah as our Friend and try to act according to His will.





taken from 'Hopefulness in the Quran' by HarunYahya

Never Doubt Yourself




If I would leave any thought with someone
I would say
NEVER DOUBT YOURSELF
No matter what people say,
no matter what you may think sometimes,
NEVER DOUBT YOURSELF
If you believe in yourself
you will succeed far more than you will fail


“He who possesses a quiet kind of faith in his ability
to perform a task already has the task half completed.”


Believe in yourself despite setbacks,
despite the seemingly immovable obstacles,
despite the cold and dark,
despite the woe and pain,
and eventually your faith will come to fruition,
and you will find all those troubles behind you.


The simplest thing in the world is
to deride ourselves because we made a mistake,
to give up and say, "I'm no good",
but
the more difficult thing is
to believe in ourselves and
constructively continue our life
The greatest error in life is to downgrade ourselves
The most horrible tragedies in life
have occurred from a lack of faith in one's own self,
one's own ability,
from a belief that one cannot succeed,
but that failure is their sole lot in life.


There seems to be a self uncertainty that builds up in the mind
every time one makes a mistake
or fails to accomplish a task,
and with every successive blunder
the uncertainty grows stronger
until one doubts one's ability to do anything right
Being human we are host to a number of frailties,
each one of which disturbs and depresses us,
and makes us doubt our worth.


We are not a mechanically precise machine,
we are a bundle of nerves
which often tangle and get jangled,
but are capable of amazing performance.


We have more strength than we believe,
there is more fight within us than we know,
and far more potential than we could ever call forth
or even dream of being possible.

*****
by Walter Westfall- Illinois 1999


NEVER DOUBT YOURSELF
LOVE YOURSELF
and
BE YOURSELF


******


Be confident in yourself, help yourself, fight back and do the best.
Allah is there to help you

“And (as for) those who strive hard for Us, We will most certainly guide them in Our ways; and Allah is most surely with the doers of good.”
(Al-ankaboot; 69)



Wednesday, April 18, 2012

[12:87]




Untuk kamu sayangku,

Tiada manusia yang meminta untuk dilahirkan gagal, tiada manusia juga yang berdoa agar dia gagal. Setiap insan pastinya inginkan kejayaan dan kebahagian. Namun sekiranya sebaliknya berlaku?

Tenanglah, tenangkan dirimu, Allah sedang mengujimu. Senyumlah taktala Dia masih memandangmu, taktala Dia masih ingin mengujimu. Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hambaNya. Tidak pernah!

Allah tidak pernah meninggalkanmu, jauh sekali membencimu.

Taktala kau rasa perjalanan ini terlalu berat, terlalu sukar, tenanglah, sabarlah. Adakah kau kira Dia akan biarkan dikau bersendirian? Dia sedang menguji hubunganmu denganNya maka adakah kau akan menjauh? berburuk sangka denganNya? berputus asa sahaja?

Tenanglah, dan tenanglah, Dia ada. Allah ada. Allah sentiasa ada untukmu.

Jangan putus asa sayangku, teruskan usaha sehingga ke titisan terakhir. Ingatlah putus asa itu bukannya akhlak seorang mukmin.

Allah tidak akan membiarkanmu. Allah sedang melihat segala usaha yang dikau lakukan, Allah sedang memandangmu. Senyumlah dan tabahlah. Allah ada bersamamu. Bila engkau telah meletakkan segala-galanya maka bertawakallah padaNya. Dia pastinya akan memutuskan yang terbaik buatmu.

"hanya yang tidak percaya pada Allah sahaja akan berputus asa" [12:87]

Semoga dikau sayangku, terus tabah dalam perjuangan ini.




Friday, April 06, 2012

Cooking time


*Inspirasi dari adikku, hana' yang asyik mengomel. 'kak cik dekat rumah bukan nak masak" =.="*

Cekodok hangit
*bila tangan gatal lagi nak menari*

***

Tepung digaul dengan segelas air. Kemudian ditambah sedikit garam, gula dan minyak. Alhamdulillah siap! Time to cook. Minyak dipanaskan, api disederhanakan. Gumpalan cekodok yang dibentuk dengan sudu diletakkan perlahan-lahan. Heee syoknya makan cekodok panas sambil tengok cerita dengan adik-adik nanti.

Lagu Comfortably crashing berdendang serentak, "kak cik telefon" Amir berlari menghulurkan telefon. Aku lantas mengambil. Jarang dapat call bila dah bermukim di rumah ni.

"Assalamualaikum...." salam diberikan. Suara dihujung talian membalas. Ahh Ain. Aku memandang sekilas cekodok yang sedang bermandi minyak panas, 'masih belum cukup masak'. Warnanya belum lagi cantik.

Lantas kaki bergerak ke hadapan.

"Apa cite?" aku bertanya ringkas dan Ain mula menyambung cerita. Lama aku mendengar.


(adakah telah melupakan sesuatu?)


"Allah!" aku berlari ke dapur, ain dihujung talian bersuara cemas, "kenapa?"

"tarakpapa," mata memandang cekodok yang telah bertukar warna. Hitam!


***

Cekodok diletakkan di atas meja dan aku duduk termenung. Cekodok di pandang. Hmmmm....

"Kak cik hitamnya!" Amir bersuara kuat. Terkejut.

"Entah, mana bleh makan gini," Unfairah menambah.

"Kak cik tak pandai masak," Izzah mengomel. Siap dengan mulut comel dia lagi.

Aku bangun perlahan, pinggan berisi cekodok hitam diambil. Tong sampah dibuka, isi pinggan dituangkan.

"Kalau biarkan diri terus menerus dalam perkara jahat, itulah jadinya. Hati yang asalnya putih bersih, kalau terus biarkan dalam kepanasan jahiliyyah lama-lama akan jadi hitam, hangit macam cekodok kak cik tadi," aku bersuara sambil tersenyum.

"Kalau hati dah hitam macam tuh, siapa yang suka kan?" aku bertanya disambut anggukan adik-adik yang setia mendengar.

"Nah" sepinggan cekodok dihulurkan, kali ini tidak hitam, tidak hangit.

Amir mengambil, "terbaik!"

Unfairah mengangguk.

"Best-best!" Izzah mengangkat ibu jarinya.

"Hati yang bersih juga best!"

***


I told you, I can cook...lalalalala~





Maka, jangan pernah bereksperimen dengan jahiliyyah. Bimbang kelak hatimu akan tersasar~

Thursday, April 05, 2012

Bilamana semangat melayang


masih dalam mood FINAL, doakan ya



*saat tangan gatal menari**

***

Pen di tangan dilepaskan. Kepala di letakkan ke atas meja. "Malasnyaaaaaaa....!" Sekilas memandang checklist disebelah. Respiratory modul belum habis lagi. Parasitiology, microbe dan pharmaco belum sentuh lagi. Aaaiiiihh pening-pening!

Badan bersandar ke dinding dan lappy diangkat ke riba. YM lantas dibuka besar. *senyum* satu nama diklik. 'kacau orang best juga ni..hehe'

"Buzzz!"

5 saat kemudian panggilan masuk diterima.

"Assalamualaikum Cik 'Atiqah.... ada masa pula kacau orang ya?" dia sengih nakal.

Salam dijawab. "boring laa, tak dak semangat" aku buat muka. Hampir 5 hari tak melihat dunia luar, kepala dah rasa tepu. Memanglaa exam ni boleh buat orang 'demam'.

"laa hari tuh semangat bukan main," dia bersuara dalam sengih.

"Nak berjaya mestilah semangat." aku membalas laju.

"Dah ni boleh pula tak semangat, nape?" tanyanya, kening diangkat sebelah.

"Banyaklaa nak kena cover, parasite, pharmaco, microbe....bla..bla..blaa," mengomel lagi.

"Yang pergi bersandar dekat semangat sapa suruh?" Dush! ambil kau. "Nama pun semangat 'Atiqah, ada pasang surut, tak tetap, rapuh, fleksibel. Nak berjaya kena sandarkan pada yang tetap, tegap, kuat." dia bersuara.

"Sandarkan pengharapan, usaha dan segalanya pada DIA. Iman akan menggerakkan semangat dan segalanya tapi kalau semangat saja tak cukup nak menggerakkan, tak gitu?"

dan aku terdiam. Mata memandang jam. 10.30am. Lappy dialihkan ke atas meja. Aku berdiri perlahan.

Dahinya berkerut, "nak ke mana?" merajuk ke?

"Top up energy" aku tersenyum menghantar isyarat terima kasih. =)

dan dia tersenyum lebar jua. Alhamdulillah.

***

Seusai solat. Icon Alia sudah bertukar silver. Mata membaca baris ayat yang ditinggalkan.



"If you have Allah, you have everything you need"
all the best FINAL EXAM
mesti buat yang terbaik =)


***







Ya, jangan sandarkan usaha pada semangat semata-mata
Jika permulaannya adalah benar, pengakhirannya juga insyallah benar
Mulakan dengan bismillah ya, niat itu penting.

Monday, April 02, 2012

Itukan sahabat kita


tahu kenapa persahabatan itu indah?


"Abbi, kak cik beli tiket ke Tanah Merah," terangku selepas membalas salam.

"Kenapa tak beli ke Jerteh?" abbi bertanya. Jerteh jika kira lebih dekat dan menyenangkan untuk sampai ke rumah. Tidak perlu nanti 4-5 pagi abbi mengambilku. 45minit perjalanan mengambil dan 45minit perjalanan pulang kembali ke rumah. 1jam setengah totalnya. Jauh beza jika tiket Jerteh, hanya 30minit total.

"Hmmm tiket Jerteh mahal 48, tiket Tanah Merah 34," balasku. *harga juga jauh beza~

"Oo tak perlah,"

"Siapa yang nak datang ambil nanti abbi? tak susahkan ke nanti, ramai ni, 15 orang," aku menyampaikan kerisauanku. Pagi-pagi hari nak ganggu istirehat orang, risau juga..

"Insyallah nanti abbi datang ambil dengan Cikgu Mie," balas abbiku.

"Tak susahkan pak cik mie ke nanti?"

"Itu kan, sahabat kita," dan aku terdiam.

ayat itu.... kenapa ya?

Seakan ada aura, memberi kekuatan dan ketenangan. Malah aku dapat merasakan abbi tersenyum senang ketika mengucapkannya.

Ya, ayat itu POWER!

Sepatah ayat itu aku rasakan abbi ingin menyampaikan banyak.

panjang aku fikir

dan akhirnya aku tersenyum.

"itukan sahabat kita" =)

Indahkan?



p/s: 'Sekolah cinta Rasulullah' tertangkap dek mata, terambil dek tangan. Insyallah tugasan dalan cuti nanti, doakan ya.

Sunday, April 01, 2012

Allah dan study kita?





"Assalamualaikum, Atiqah" sapa Hamooud, pelajar PhD dari Yaman. Terkalih sebentar bacaan menjawab sapaan dia.


"Waalaikumusalam.. yes Hamooud?"


“I would like to ask his (referring to our lecturer) permission for us to take about 10 minutes break to perform our Asar prayer,” dia memberitahu, bukan sebuah pertanyaan tapi lebih kepada pemberitahuan bahawa usahanya itu disokong jua oleh saya.


“Have you told him before? What did he say?” Saya membalas pertanyaan, risau juga jika dia meminta saya menyatakan hasrat itu terus kepada Dr Ravi.


“Yes, I did. He didn’t say anything, he just nod and his expression didn’t seem satisfied with my request.” Muka Hamooud nampak gelisah. Menyatakan bahawa hasratnya sebelum ini pernah diluahkan kepada Dr Ravi.


Saya terdiam. Berfikir cara untuk membantu Hamooud dan diri sendiri. Hampir 2/3 kelas itu dipenuhi dengan pelajar antarabangsa. Saya antara golongan minoriti pelajar tempatan bersama tiga lagi pelajar PhD. Dua antaranya berbangsa India. Seorang senior, berbangsa Melayu tapi kerana dia lebih tua dan mungkin juga saya bukan pelajar PhD, kami jarang berkomunikasi.


Hamooud agak rapat dengan saya. Berasal dari Yaman dan kami pernah sekelas pada sem lalu. Mungkin itu faktor dia mudah berkomunikasi dengan saya. Mungkin juga kerana faktor pemakaian saya yang membuatkan dia yakin dan selesa untuk berbicara soal solat dengan saya berbanding pelajar Muslim yang lain. Mereka yang lain datang dari pelbagai bangsa dan negara. Namun tidak dapat diputuskan dek akal apakah mereka Muslim seperti kami. Itulah, saya terlalu segan untuk bertanya. Cukuplah diberi peluang sekelas dengan pelajar PhD. Melihat mereka memberi maklum balas dalam sesi pengajaran pun sudah cukup menggetarkan jiwa dan minda saya.


“I think he will understand. If he is not, I will still ask him to go out when it is the time to perform the prayer.” Nekad Hamooud dalam gelisah. Saya terpana.


“InsyaAllah there must be some ways to let him understand our ‘need’”, saya pula cuba meyakinkan walau sendiri tidak punya kekuatan untuk itu.


“InsyaAllah Atiqah, Allah is my priority. The fact the he is my supervisor and our lecturer will not let down my principal to be a good Muslim. Because I know very well, without Allah, I will not succeed in my study.This PhD will be nothing without Allah’s redha.”


MasyaAllah.Saya terpana lagi. Hamooud sekadar menjelaskan nekad hatinya, tapi saya seolah-olah telah ditarbiyah ringkas melalui penjelasannya itu.


Barangkali, ramai pelajar-pelajar seperti saya dan Hamooud pernah mengalami situasi yang sama. Jadual kelas yang padat kadangkala meragut waktu solat. Tapi apakah daya kita untuk mengubah jadual kelas? Apakah juga punya daya untuk memungkiri waktu solat? Astaghfirullahalazim.


Lalu apa tindakan kita? Seperti situasi di atas, apa tindakan saya jika Hamooud tidak Allah datangkan untuk memudahkan urusan solat saya difahami oleh pensyarah.



Ketika itu hanya satu difikiran.Sebenarnya, saya telah memikirkan strategi untuk keluar solat sebermula saya terima jadual kelas. Hanya dua kelas yang saya ambil semester ini. Allah izin jua, kedua-dua kelas ini bertembung pada waktu solat. Kelas pertama bermula pada jam 1 hingga 4 petang. Manakala kelas kedua pada pukul 4 hingga 7 petang. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada Hamooud, setelah berbincang dengan pensyarah untuk kelas pertama, lalu diputuskan kelas akan dimulakan selepas solat Zohor. Mujur pensyarah itu Muslim. Cuma untuk kelas kedua ini. Runsing juga memikirkan, tapi ketika itu saya hanya fikir jalan mudah. Saya akan bersiap dalam wudu’ sebelum kelas bermula, dan bila saat masuk waktu Asar saya akan bergegas minta izin keluar meninggalkan kelas dalam 10 minit.


Tapi saya puji tindakan Hamooud yang berterus-terang dan lantang mempertahankan prinsipnya sebagai pelajar Islam. Keyakinannya pada Allah mengatasi segala bentuk halangan duniawi meskipun halangan itu bakal menggugah PhD nya. Ternyata Allah itu lebih dia utamakan.



Hal ini selalu juga dipandang remeh oleh segelintir golongan. Meremehkan solat kononnya kelas itu wajib untuk dipenuhi. Meremehkan solat kononnya menghormati pensyarah dan teman-teman lain. Tapi tidakkah kita sedar bahawa tindakan sebegini bermakna kita telah meremehkan Allah demi urusan duniawi. Nauzubillahiminzalik. Jangan ini yang kita pilih untuk kejayaan duniawi yang sementara cuma.



Siapa Allah di hati kita? 
Siapa Allah untuk urusan pelajaran kita?



Adakah hanya pada saat-saat menghadapi peperiksaan baru kita merayu memohon menghadap dan mengharap belas kasihan Allah untuk mengurniakan kita kejayaan sedangkan pada ketika lain kita meletakkan Allah di tepi melebihkan hal duniawi?


Makanya, marilah kita muhasabah. Situasi di atas hanyalah sebuah pengalaman kecil saya tapi itu cukup menampar jiwa dan keyakinan saya untuk meletakkan Allah melebihi segalanya. Saya, Hamooud dan anda juga sangat risaukan akademik. Melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi membawa bukan harapan diri sendiri tapi beribu pengharapan dari insan-insan tersayang. Bukan sekadar keputusan peperiksaan yang ‘cukup makan’ sahaja yang kita kejar, tapi kita inginkan kejayaan yang menjulang tinggi yang mampu dibanggakan. Oleh itu, kepada siapa kita bergantung harap untuk memperoleh kejayaan? Kepada siapa kita meletakkan sepenuh pengharapan dan keyakinan kalau bukan kepada Allah?


"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan." [Al-Fatihah: 5]


Sesungguhnya janji Allah itu benar. Allah akan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat buat hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha meraih cintaNya.

 "...maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." [Ali ‘Imran: 76]



****
Jadi bagaimana kita ini??



penulis: Atiqah Amran