Keimananlah yang menjadi paksinya |
Aku memandang wajah mereka,
kedutan diwajah makin jelas, rambut pula mula memutih,
ketika itu aku sedar saatnya nanti akan tiba,
mereka akan pergi dan meninggalkan kita untuk memperjuangkan apa yang telah mereka perjuangkan.
"MAMPUKAH AKU?"
Dan abbiku berkata, "Insyallah mampu. Allah akan beri kekuatan itu" dan air mata tanpa sedar mengalir, Kalau tak mampu pun tetap kena berusaha sehingga rasa mampu dan kita tidak menunggu rasa mampu itu datang untuk berjuang.
Aku melihat dengan mataku sendiri apa yang telah dan sedang mereka lakukan. Aku melihat sendiri betapa penatnya mereka berusaha namun tetap mereka berusaha seakan-akan itulah yang mejadi ubat kepenatan buat mereka. Aku melihat sendiri semangat mereka yang memancar biarpun wajah itu semakin berkedut. Seakan-akan mereka mengatakan semangat mereka tidak mereput, tidak memutih seperti mana rambut mereka memutih. Mereka tersenyum berusaha untuk membuatkan aku memahami inilah jalan dan perjuangan yang sebenar-benarnya.. inilah yang mereka mahu aku perjuangkan sama. Malangnya sedikit sekali aku mengambil pengajaran, sedikit sekali aku memandang pada mereka, sedikit sekali aku mengerti. Mereka menyatakan mereka ini rantai dan aku juga adalah rantai yang menyambungkan perjuangan para rasul dan para sahabat. Allah meredhai perjuangan ini.
Namun aku bimbang, seandainya rantai itu mereput disaat aku memegangnya. Ya Allah kuatkanlah....Masih banyak yang perlu dilakukan. Aku mahu bersama mereka, berusaha sehingga aku mampu merasai apa yang mereka rasa yang membuatkan mereka tidak penat berusaha. Dan aku tidak mahu berjalan bersendirian, aku mahu kamu bersama-sama merasai. Maka ya RAbb, bantulah kami, kuatkanlah kami, tetapkan kami di atas jalanMu yang benar, satukan kami dan tunjukilah kami akan jalanMu yang benar....
terhentak di saat melihat live stream Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan HALUAN Malaysia ke-23
Jika mereka pergi, bersediakah aku untuk menyambung? Mampukah aku?
No comments:
Post a Comment