"Akan sampai satu tahap, bila kita sudah faham dan 'izzah dengan Islam, kita akan nampak betapa kebudak-budakannya manusia lain, yang masih sibuk dengan (misalnya) Justin Biebernya, dengan Grayson Chancenya, dan bermacam-macam lagi agen jahiliah. Tidak mengapa minat dengan seorang tokoh atau figure dengan syarat minat perkara yang bermanfaat (misalnya kesungguhannya, motivasinya) dan lain-lain. Tapi jika sekadar minat ketampanannya, dan lain-lain, apa faedahnya?
Jahiliah itu ialah segala yang menjauhkan kita dari Islam dan Allah SWT. Andai TV itu menjauhkan kita dari Allah, maka TV itu jahiliah. Jika kasut mahal itu menjadikan kita riak dan lain-lain misalnya, ertinya hatta kasut pun boleh jadi jahiliah.
Jika kita minat Spongebob (contoh rambang) sekalipun kerana kita mengambil motivasi dari sikap optimisnya, itu ada manfaat dan ada terkandung kematangan di situ. Dengan syarat kita tapis segala unsur-unsur yang buruk padanya. Tapi dengan syarat kita tidak melupakan contoh yang paling agung iaitu Rasul SAW, para nabi dan para sahabat. Bahkan merekalah contoh yang paling utama, dan suatu kezaliman dan rosak akidah bila kita memuliakan mana-mana tokoh melebihi mereka ini.
Tidak mengapa jika kita membaca Doraemon misalnya, untuk tujuan mengambil pengajaran dan berfikir secara matang. Dengan syarat kita tapis segala unsur-unsur yang buruk padanya. Tapi dengan syarat kita tidak melupakan kitab yang paling agung iaitu Quran, dan seterusnya hadith, dan kitab-kitab agama. Bahkan kezaliman dan rosak akidah bila kita memuliaakan mana-mana buku atau tulisan lebih daripada Quran.
Sesungguhnya Islam itu mematangkan dan membebaskan manusia dari belenggu dunia yang kebudak-budakan."
(pesanan seorang sahabat)
***
"Jahiliyyah menjadikan kita kebudak-budakkan," komen adikku, Hana'
Aku mengangguk setuju.
"Maka untuk menghapuskan jahilliyah...?" soalan dilemparkan.
"Minyak dengan air tidak boleh bercampur," balasnya dengan senyuman. Aku menangkat kening. "Kena usahakan hidup kita sentiasa terisi dengan kebaikkan baru jahiliyyah tak dapat masuk," sambungnya lagi.
"Cannot agree more" balasku..
Dunia ini punya pasangannya tersendiri,
Jika punya benci, maka wujud juga suka
jika punya kegelapan, maka wujud juga cahaya
jika ada keburukkan maka akan ada kebaikkan
jika ada dosa, adalah pahalanya
ibarat minyak dengan air tadi,
semua ini tidak bercampur
Maka jika kita ini tidak melakukan kebaikkan nescaya kita melakukkan keburukkan
jadi, adakah kita mahu lagi berlengah dalam kebaikkan?
Fb status
November 15, 2011; 9.03am
lihatlah dengan pandangan mata akhirat
Ermmm,bagus la blog awak nie...jangan preview kan komen nie ye...baca satu post,terus melekat dengan yang lain2x,Alhamdulillah...
ReplyDelete