Saturday, March 03, 2012

MedStory: Asleh nafsaka wad'u ghairaka

ready?


Salam alaik,

Alhamdulillah, hari ini selesai jua study group rumah oreo kami. Ilmu foetal membranes kali ni Allah hadirkan Amal dan Amani untuk formation germ layer. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur punya pencerahan tentang itu sekarang. Thank you girls. You all surely awesome! >.<

Dan sekarang dalam proses membedah email, mencari email ummi, tapi tak jumpa. Then jumpa ini, yang ni awesome, seriously ni..

Catatan seorang ibu, jom baca;



Sepetang di wad 2C

Sambil mendukung anak, aku keluar dari bilik wad, berjalan-jalan sekitar wad 2C. Bertemu ibu-ibu lain, kami berkongsi cerita. Kedua anak kecil itu menghidap asma. Mereka berkongsi bilik, ditemani ibu masing-masing. Petang itu mereka bakal meninggalkan wad tersebut.

"Tembamnya Putera Danish akak ni!" ibunya tersenyum sahaja mengiakan. Rakan sebiliknya pula sedang membelai NurSyafiqah, 7bulan yang sedang minum susu botol.

"Kecilnya anak akak," aku mengulas sekadar beramah, tiada maksud tersirat.

"Mahunya tidak dik, lahir tak cukup bulan," balas si ibu.

"Oo, patutlah," getusku.

"Mudahlah lahirnya ye kak." sekali lagi aku membalas sekadar beramah mesra.

"Biasalah dik, anak eksiden, tak sengaja ni memang mudah bersalinnya". Terkedu, aku diam sebentar. Cuba memahami apa yang dituturkannya. Rupanya ada cerita disebalik itu.

Rupa-rupanya anak kecil mulus bermata sayu itu salah seorang daripada ratusan ribu anak luar nikah yang berada di negara tercinta kita kini. Ibu kandungnya yang masih muda remaja telah menyerahkan bayi 'eksiden' itu kepada kakak tersebut, yang telah 6kali gugur kandungan dan masih belum berjaya mempunyai anak kandung. Alhamdulillah, dia berhati mulia. Sanggup menerima si bayi yang tidak berdosa itu untuk dibela. Untungnya juga, dia bijak menelah situasi akan datang, justeru mengambil hormon agar dapat menyusukan si bayi, lantas mencantas ranting-ranting permasalahan mahram dengan suaminya.

Bukan sekadar membela, dia juga berazam mendidik bayi tersebut sebaiknya.
"Akak nak hantar dia ke sekolah agama, biar dapat didikan betu-lbetul".

Aku bahagia mendengar. Walau zahirnya dia memakai kain belah, rupa-rupanya dia juga faham, HANYA agama, tepatnya ISLAM penyelamat kita!

Rakan-rakan, aku tidak mahu hanya tahu mengeluh dengan situasi masyarakat kini. Mari sama-sama kita bangun, dengan mengibar slogan: 'aslih nafsaka wad'u ghairak!', kita baiki diri, bangunkan islam dalam diri, barulah islam akan tertegak sebagai daulah.

Wassalam.
Penulis aaz
dipetik dari PewarisGroup



Dan aku juga, hari ini menulis dan mencoret di sini untuk mengibar perkara yang sama,


 'asleh nafsaka wad'u ghairaka'
(perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain)



"Islam menyebut jihad melawan kezaliman dan kerosakan di dalam masyarakat mesti lebih didahulukan daripada jihad melawan kekufuran dan musuh di luar Islam"
                                                                             [Dr. Yusuf Qardhawi dalam Fiqh Jihad]



Maka untuk melawan kezaliman dan kerosakan di dalam masyarakat inilah kita perlu berusaha memperbaiki diri kita dan mengajak orang lain bersama. Ayuh bersama melangkah for a better world staright to Jannah!

No comments:

Post a Comment