kemana membawa cinta dia? |
"Kadang-kadang manusia tersalah anggap cintanya kerana Allah, padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro'. Itulah yang menyedihkan.
"Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan itu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tidak redhai. Muhasabah balik. Sentiasa berdoa kepada Allah agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dariNya. Allah maha penyayang," jelas Khazinatul Asrar.
"Praktikalnya?" Roziana mahu lebih jelas.
"Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti hari-hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk membuang nama dia di saat dalam solat dan sebagainya....buatlah secara perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintaan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah......selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah," senyum berputik di bibir.
dipetik dari cerpen 'seindah mawar berduri'
"Jika cinta itu tidak disukai Allah, maka tinggalkanlah. Allah adalah tujuanmu."
Cinta yang tidak disukai itu umum, bukan setakat cinta pada makhluknya yang berlawanan jantina, mungkin cinta pada 'muka buku'? mungkin cinta pada game? cinta kita pada sesuatu yang melalaikan, cinta kita pada sesuatu yang menjauhkan kita dariNya... berusahalah untuk tinggalkan, buatlah secara perlahan-lahan yang penting, kita berusaha untuk memperbaiki diri dan mujahadah. Yakinlah dengan Allah.
"Yang penting, kau lakukan sesuatu, bukan diam ditelan!"
No comments:
Post a Comment