Bukan sekadar memori yang diketuk kembali |
"termenung kenapa?" gelas di tangan dihulurkan. Lantas kerusi sebelah di isi.
Ain menyambut "teringatkan HiMeGa" balasnya perlahan.
"ooohhh" kaki dilipatkan.
Senyap....
"melangkah ke IPT memang banyak cabaran menanti, tak mungkin terpancar kejernihan hati andai tiada istiqomah dalam D&T di hati"
"ayat Pak cik Rusdi kan? Istiqomah dalam tarbiyah?"
Ain mengangguk, mengiakan. "ingat lagi tak faktor-faktor lenyapnya kesolehan?"
"errr ada 3 faktor kan? Pertama lemahnya iman. Kedua, tercicir dalam ilmu pengetahuan dan terakhir meremehkan dosa dan maksiat. errr Ain, huraikan ketiga-tiga faktor ni boleh? anggap macam tazkirah selepas Isyak laa"
"Banyaklah dia punya tazkirah lagi tak payahlaa nak buat muka cute habis tuh" hidung Solehah ditarik.
"hehe, cepatlah mulakan"
****
Bila saja hawa nafsu menakluki Hati,
tidak ada perlindungan pasti,
dosa tak rasa seperti dosa lagi,
kemaksiatan pasti saja menakluki,
Hati kemudiannya terus saja mati,
diri tiada guna lagi???
Jesteru, tiada kekuatan melainkan kepada Allah. Kita ini tidak mahu tenggelam dalam nafsu shahwat, hidup di bawah naungan hawa nafsu sahaja. Kata Pak cik Rusdi nafsu yang jahat boleh dikatogerikan kepada 3, iaitu:
- nafsu kelembuan (hidup untuk makan, minum dan berseronok sahaja)
- nasfu pemangsa (ini bukan setakat ingin berseronok sahaja tapi turut berlaku zalim pada orang lain
- nasfu syaitan
Kesolehan itu jika tidak dijaga rapi, jika tiada muhasabah diri, jika jauh dari dakwah dan tarbiyah pasti sedikit demi sedikit kita mula derhaka pada Illahi. Tidak mustahil Quran dibaca namun langsung tidak berbekas di hati, bacaan itu sekadar bermain namun tidak meninggalkan 'footprint'nya. Malah kelamaan jiwa ini akan hilang kepadatannya hingga akhirnya menjadi seperti span yang menyerap semua kekotoran di sekeliling.
Maka, amat penting bagi kita untuk meneropong faktor-faktor lenyapnya kesolehan itu: lantas ambillah perhatian dan tanganilah...
"umat ini semestinya kembali bangkit, namun khazanah (aset) umat ini untuk kembali telah terkuras habis, kecuali satu: itulah pemuda!" -As Syahid Iman Hassan al Banna-
Ayuh PEMUDA bersama-sama!
1) Lemahnya IMAN
Manisnya keimanan tidak bisa diungkap, hanya yang terpilih merasai mengetahui.
dan ketahuilah manisnya iman adalah rasa nikmat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
Iman Ibn Hajar al-Asqalani berkata :
"Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata : "Pengungkapan dengan lafaz 'manis' kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firmanNya yang bermaksud : "tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik" (Ibrahim:24)"
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikkan yang harus diperhatikan seorang mukmin dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebalik pemerhatian Allah. Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua dan bersedia untuk dinikmati.
Dan ketahuilah bukan semua yang menggelar diri mereka Muslim ataupun Mukmin secara automatik mampu merasai manisnya keimanan. Iman bukan cukup dengan angan -angan, tetapi adalah sesuatu perkara yang wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan lagi dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati.
Kata kunci untuk semua ini adalah ikhlas dan ikhlas pula hadir sebagai anugerah Illahi buat hambaNya yang bersih hati.
Kelemahan dan penurunan iman secara optimisnya pasti memberi kesan kepada kesolehan dan kebaikkan kita. Iman akan berasa tercekik bila hati mula menuju kerosakkan. Perkara ini juga turut menarik faktor suasana dan persekitaran.
Kita sering merasakan bila berada dalam kelompok, kita terasa kuat seketika. Namun bila bersendirian, kita lemah hatta solat dua rakaat sebelum subuh pun tidak mampu kita lakukan. Iman kita memang ternyata lemah bila untuk bangkit berjihad sebanyak 2 rakaat dan berdoa kepada Allah pun kita tidak mampu. Iman ternyata punya masaalah. Kita mungkin juga bertaubat tanpa tangisan air mata. Kenapa? kerana iman yang mencetuskan air mata itu sudah larut dalam karat-karat dosa dan kemaksiatan.
Hati terus-terusan menjadi gersang apatah lagi bila mata, telinga, lidah dan hati sendiri tidak dijaga. Ini semua menjadikan iman rosak lantas tersungkur lemah.
Maka, ayuh! jagalah keimanan, siramilah ia dan bajalah ia.
2) Tercicir dalam ilmu pengetahuan
Alhamdulillah kita memang rajin membaca. Kita membaca segala jenis buku dan novel. Namun, apa bahan bacaan yang kita baca? tentang apa? topik apa? Bukanlah ingin mengatakan membaca itu salah, tapi persoalannya, bagaimana ingin mengenali Rasulullah SWT jika kita tidak menyentuh bacaan dan sirah-sirah baginda? Bagaimana mungkin kita jatuh cinta?
Bagaimana?
Bagaimana ingin jatuh cinta jika kita tidak mengenali?
Bagaimana ingin mengenali jika kita tidak membaca?
Persoalan ini menggetarkan jiwa sebenarnya.
Ya, benar!
Bagaimana kita ingin mencintai seseorang jika kita tidak mengenali secara mendalam? Bagaimana mencintai Rasulullah tanpa mengetahu sirah, perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SWT?
Memang bukanlah satu kecelakaan bila kita membaca novel, bukannya berdosa. Tapi kita ada keutamaan bukan? dan kita perlu ada keutamaan. Kita mahu mengenali Rasulullah SWT, mahu mencintai baginda sedalam-dalamnya, tapi bagaimana mungkin jika kita tidak memberi keutamaannya? Utamakan yang lebih utama. lagipun tidak menjadi persoalan jika kita tidak membaca novel bukan?
Cuba kita fikir jika kita asyik dengan bacaan ringan bilakah lagi bacaan berat itu akan menyapa hati dan mengetuk jiwa kita? Kita perlu menjadi hebat. Kita ini adalah pejuang, sedang bertempur dalam pertarungan yang tidak membenarkan kita kalah. kerana bila sahaja kita kalah kita akan HiLANG. dan kita tidak mahu rantai-rantai perjuangan ini putus, putus di tangan kita kerana cetaknya ilmu pengetahuan.
"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantaiyang berkait daripada para rasul.-Syed Qutb-
Berjihadlah dengan ilmu dan berakhlaklah dengannya. Ilmu itu membezakan kita antara bisikan malaikat dengan syaitan, membezakan antara yang hak dan batil.. Ilmu pengetahuan insyallah membantu kita membezakan segala itu.
Jadi mengapa tidak kita mula mengutamakan bahan bacaan yang lebih utama, paling tidak seimbangkannya. Tawazun = )
3) Meremehkan dosa dan maksiat
Abdullah bin Mubarak berkata:
"aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati, membiasakannya boleh mewariskan kehinaan, sementara menghilangkan dosa-dosa adalah kehidupan bagi hati dan kebaikkan bagi diri. Tidak ada yang bisa membatalkan agama ini, kecuali para raja dan cendiakawan yang rosak."
Kini kita melihat bukan sahaja ramai yang melakukan maksiat, malah semakin ramai yang memandang ringan terhadap maksiat yang dilakukan.
"kami pandang-pandang, keluar bersama saja, hati tetap terjaga"
"alah, kami pegang-pegang tangan saja, mana ada buat dosa"
"kami berzina sekali saja"
"mana ada bercinta, nak cop saja"
Mereka ini, tidak yakinkah Allah itu penentu jodoh? seolah-olah matinya ditangannya sendiri bukannya dalam kekuasaan Allah.
Ketahuilah tarbiyah itu bukan sekadar menjalani usrah, bukan sekadar pembersihan hati semata-mata tapi perlu memandu hati agar hadir dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh. Diri yang sudah lama tidak diletakkan dalam taman tarbiyah tidak mampu melahiran kehadiran hati yang istiqomah. Pastinya kelamaan hilang bauan harum bunga-bungan taman tarbiyah. Lantas terlumpuhlah iltizam lalu lenyaplah kekuatan. Inilah dia bala penangan mencintai dunia.
Ingatlah terdapat dua perkara bila menjangkiti diri kita, pasti sistem hati akan rosak: iaitu syirik dan mencintai dunia...
Maka jagalah hati, usah memandang enteng setiap dosa yang dilakukan. Kembalilah bertaubat kepadaNya dan usah jemu memohon ampun kepadaNya. Dia sentiasa mendengar.
Fasobrul Jamel
rujukan: Kemanisan iman dan catatan Himega lepas
No comments:
Post a Comment