Wednesday, September 14, 2011

Adik tercinta

Assalamualaikum wbt,



Selamat hari lahir adikku tercinta
NURUL HANA' MAHMUD


Hari ini semakin bertambah usiamu 
semakin bertambah jua tanggungjawabmu
Hari ini adalah saksi kematanganmu
dari pengalaman yang melepas
saksi ketabahanmu
untuk menerokai ujian yang mendatang


Adikku,
moga usiamu yang semakin memendek ini, 
semakin mendekatkan dirimu pada Illahi
semakin rapuh usiamu di muka bumi ini, 
semakin kuat cintamu pada Illahi
Jadilah roh-roh Islam adikku, 
walau dimana dikau berada berjuanglah
sebarkan cinta, sebarkan kasih sayang, 
sebarkan kelembutan, sebarkan kebenaran
setiap nafas dan jiwa yang dipinjamkan itu, 
gunakanlah sebaiknya


Adikku,
aku hadirkan kepadamu pesanan Abbas as-sissi
'jadilah hambaNya yang sujud, rukuk, 
yang berzikir dan membaca
bulatkan tekad dan kemahuanmu, 
belajarlah dan kuatkanlah tekadmu 
menjadi tentera Allah yang ikhlas
bercita-citalah dan terus berusaha 
untuk merealisasikannya dan beramallah kerananya
ketahuilah 
tidak ada cita-cita yang lebih besar dari Islam
dan tidak ada permulaan dan 
kesudahan yang lebih mulia daripadanya'




Adikku,
jadilah penuntut yang makin tinggi ilmunya, 
makin kudus cintanya pada Illahi
makin luas perjalanannya, 
makin terasa kerdil dirinya
makin mendalam ilmu yang digali, 
makin rendah dirinya pada Illahi
moga Allah memudahkan jalan menuntut ilmu bagimu
dan adikku yang disayangi,
ingatlah walau dimana dikau berada, 
sentiasa pelihara mata hati
kerana Dia selalu memerhati
sentiasa mencari peluang dan ruang 
mendekatkan dirimu pada Illahi


Adikku,
pada jalan yang berliku ini, 
aku memohon kepadaNya agar diluruskan langkahmu
ketika langit dunia runtuh, 
moga Dia mengukuhkan akidahmu
ketika kesusahan menghimpit,
moga Dia menguatkan dirimu
ketika hati dilanda gelisah, 
moga Dia mencurahkan ketenangan dalam dirimu
Semoga Allah mengiringimu dengan kekuatan, 
tidak kalah pada bisikan syaitan
Adikku, 
semoga kasih, rahmat dan cintaNya sentiasa bersama dikau


Adikku yang disayangi,
"Kullu'am, wa antum bi khair"



**hehe, maaf bukan lupa tp mengantuk sangat semalam**

3 comments:

  1. hana',
    I love you and happy birthday.
    Mok cik !

    ReplyDelete
  2. ZAZa: <3... dia mmg dah tua, zaza bila lagi?

    KAK teh: =.=" exam molek, DIa jangan lupa.. doakan kakcik skali =)

    ReplyDelete