Saturday, September 03, 2011

Tamat atau baru bermula?



Assalamualaikum wbt,

Jumaat 26 Ogos berlalu pergi, pantas tanpa sedar. Perginya ia menandakan semesta pertama aku sebagai tahun pertama pelajar perubatan tamat secara rasmi. Perginya ia dengan meninggalkan aku seribu satu pengalaman, pengalaman yang perlu aku muhasabah kembali. Isnin 5 September pula bakal menjelang. Bersediakah aku untuk kembali bertempur secara serious? bukan lagi main-main seperti biasa?

HaAk, mari ambil iktibarlaa. Asyik main memanjang bila nak berjaya kan? hehe

ok, pengajaran semesta pertama

  1. Rigid with time (seriously DISIPLIN adalah benda yang perlu teramat ditekan! Ah patut ambil berat secara mendalam pasal surah al-'ashr)
  2. Study before and after (semua tahu akan benefitnya bukan?)
  3. Buat nota lebih awal (avoid study last minute, seriously dah tak pakai last minute punya study)
  4. Memang bagus kalau dapat buat study group secara konsistent (masih mencari masa dan rakan yang sesuai untuk itu, especially masa)
  5. dan perlu bergerak secara serious lagi dalam menjaga hubungan denganNya. =)

Itu adalah pengalaman secara surface yang aku boleh kongsikan. dan ini adalah masa study berdasarkan semesta pertama aku.
0800-1800- Collage time
2100-0000- Self study (masa dimana aku mengulang balik subject, buat nota dan homework)
0430-0600- Self study (revision subject mendatang)
dan waktu itu ada masanya aku terlalai juga. Nasib baik ada housemate yang rajin mecapai tahap Giga byte. Amal, Nana, Mira, Amani, Ieka dan Hidayu. Tengok mereka study aku jadi insaf 3 minute 45 saat.. erkkk?

Jadual hari 'sekolah' memang tersangat pack, terkadang aku jadi penat juga mengejar maka terpesong dari jadual asal, akibatnya banyak yang tak tercover. Sehari tanpa revision, aku akan tertinggal jauh ke belakang. Maka belajar secara konsistent tanpa tekanan adalah keyword yang aku lihat berkesan. Biasanya yang tertinggal waktu 'sekolah' tuh terpaksa revise waktu weekend. Weekend memang free! kecuali bila ada aktiviti kolej dan untuk yang ini aku perlu melihat keperluaan penglibatan aku.





Hey masih banyak yang aku perlu belajar, masih banyak lubang kelemahan yang perlu ditampung, masih banyak benda yang perlu diperhatikan. Bergeraklah.. Bergeraklah dengan lebih serious. Tiada main-main dalam kehidupan seorang Islam. Bangun berdiri berjuang!


"study medic ni jangan tension-tension sangat. Kena belajar secara konsistent"
-pesanan khas ABBI-


Muslim yang baik bukanlah muslim yang statik dan beku- tiap harinya insyallah ada perubahan yang dilakukan. Mari bergerak menuju kebaikkan. No HARM IN BEING GOOD. hey dan ingat perubahan yang dilakukan bukanlah dari satu sudut sahaja, bukannya dari pelajaran saja, tapi haruslah secara menyeluruh- akademiknya, sikapnya, ibadatnya, hubungannya, adatnya. segala-galanya perlu ada peningkatan!

Ibrahim al-Harby pernah berbicara mengenai Imam Ahmad bin Hanbal:

"Aku menyertainya selama 20 tahun, siang dan malam, musim panas dan musim sejuk, namun tidak satu hari pun yag aku lalui bersamanya, melainkan hari ini jauh lebih baik dari sebelumnya."

Mari muhabah diri kita, hisab kembali amalan-amalan kita, gerak kerja kita. Manfaatkan masa yang diberikan secara seoptimum mungkin. Usah menoleh ke belakang majulah ke hadapan. Amalan yang semalam dan masa yang berlalu bukan lagi milik kita, esok yang mendatang adalah sesuatu yang belum tentu kita kecapi. Waktu sekaranglah yang ada di capaian kita. MAKA MANFAATIlah. Jangan menangguh untuk melakukan perubahan dan kebaikkan.

"Jauhilah sikap menunda-nunda. Kerana, bahagiamu adalah hari ini, bukannya esok. Bila kamu mendapatkan bahagian di hari esok, maka berbuatlah seperti apa yang kamu lakukan hari ini. Bila kamu tidak mendapat bahagian di esok hari, maka kamu tidak akan menyesali apa yang terlewatkan pada hari ini."
-Hassan al-Basyri-
 Ayuh sama-sama menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Yang mana telah kita lakukan dengan baik pertingkatkan yang belum berjaya usahakan. Insyallah Allah menilai usaha kita. Berusaha menjadi terbaik di mata Allah JOM! pasakkan keazaman ayuh mulakan langkah! =)

 "AKU INGIN HARI AKU PADA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK PADA HARI INI!"

No comments:

Post a Comment