Saturday, September 03, 2011

Usaha, takkan berjaya

picture by deviant art

"esok dah masuk balik sekolah, lagi-lagi sekolah" langit dipandang. Wajah kosong dipamerkan.

"apa ni buat gaya macam malas belajar jer?" dalam ketawa kecilnya Ain bertanya.

"apa pula malas belajarnya. Biochem, anat, physio tuh suma aku punya kekasih hati kot, mana boleh tinggal" Senyuman dilemparkan.

"itulah pelik, Aisya yang aku kenal bukannya manusia yang begini, gaya penat berdating ni mana dia pernah buat" ketawa mereka bersatu.

"dah tuh apa yang kau risaukan?"

"hurmmm, aku tengah fikir gaya study aku salah ke hapa result tak pernah naik pun" Ain dipandang.

"oh itu" kaki diluruskan. Kepala didongok ke atas. Subhanallah! bintang-bintang itu indah bersinar, langit yang suram kelihatan bercahaya tenang. "cantikkan?"

Aisya menanggukkan kepalanya. Ciptaan Allah bila tidak pernah indah. Manusia saja yang gagal memerhatikan. Surah al-Mulk dah cerita.

Senyap.

"aku rasakan..." Ain berpaling menanti Aisya menyudahkan ayatnya "..... kau patut kongsi skit tip kau dekat aku, result kau asyik top je"

Tangan Aisya ditepuk,  "aisshhh dia buat gaya macam result dia rendah tersangat pula"

"hehe kau usaha banyak ke Ain?"

"bila usaha kita itu penentu kejayaan Aisya?" soalan berbalas soalan.

"laa usaha kan tangga kejayaan" balas Aisya selamba.

senyuman terukir, loyar jer sahabatnya sorang ni.....



"bila usaha semata-mata penentu kejayaan? 
cukupkah hanya dengan usaha saja kita mampu berjaya?"



Usaha kita sahaja, dengan belajar konsistent, dengan doa, dengan solat hajat dan solat-solat sunat yang lainnya... mampukah kita berjaya?

No comments:

Post a Comment