"dan adapun orang-orang yang takut kepada kebenaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya."
(an-Nazi'at 79:40-41)
Rasulullah SAW telah menerangkan kepada kita,
"Doa seseorang itu bergantung sedalam mana pengaduannya kepada Allah SWT"
ya! mengadu padaNya
Dia tidak akan pernah letih untuk mendengar
Apabila kita mengadu kepada manusia
Apakah reaksi mereka?
apakah mereka suka?
semestinya pengaduan itu merimaskan
mungkin sahaja mereka tidak mahu lagi memandang wajah kita
apatah lagi mendengar segala pengaduan kita
dan mungkin saja kemarahan mereka terbangkit
mungkin ada terbit kata yang menyakitkan
"ahhhh sungguh kamu ini cukup merimaskan"
tapi Subhanallah!
Allah tidak pernah membenci, malah makin menyukai
Semakin banyak pengaduan kau kepadaNya, semakin Dia menyukainya
"aku telah berdoa kepada Allah, aku berdoa kepada Allah selepas satu doa dan satu doa
tapi Allah SWT tidak pernah menerima doaku"
dan kemudiannya, dia berputus asa
dan berhenti berdoa kepada Allah
Tidakkah rugi mereka ini?
mungkin saja Allah sudah ingin memakbulkan doanya
Jadi usah berputus asa dalam doamu!
sentiasa mengadu padaNya
mengadu kepadaNya sedalam-dalamnya
lepaskan segala keresahan dan kegelisan kepadaNya
segala kesedihanmu adukan kepadaNya
hembuskan segala-galanya
dan pada satu masa mungkin Allah melambatkan jawapanNya
"Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi"
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi"
Ya, Allah melambatkannya
kerana Dia rindu mendengar suara-suara rintihan itu
Dia suka hambaNya mengadu kepadaNya
Dia suka hambaNya menyebut namaNya berulang kali
dan Allah juga melambatkan jawapanNya
kerana Dia tahu kamu dalam proses mendekatkan diri kepadaNya
dalam proses mengumpulkan bekalan di akhirat kelak
dalam usaha meningkatkan darjatmu di syurgaNya
kerana Dia mahu kamu hadir dekat denganNya di sana kelak
Jadi mengapa? mengapa turunkan tanganmu dari berdoa?
Ketahuilah tiada satu pun doa orang-orang mukmin
kecuali ada responnya daripada Allah
jika tidak di dunia ini, insyallah di akhirat kelak
Sungguh Allah mencintai hamba-hambaNya,
adakalanya Allah tidak memakbulkan doa kita
lantas kita kecewa, kita tidak lagi meminta padaNya
sedangkan Dia lebih mengetahu segala sesuatu
Dia tahu apa yang kita minta itu akan lebih membawa keburukan
maka Dia tidak akan menghadirkan jawapanNya
dan Dia akan menangguhnya sehingga akhirat kelak
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu.
Allah mengetahu, sedang kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah 2:216)
Allah hanya akan memberikan sesuatu yang baik untukmu
jadi mengapa tidak meletakkan keyakinan sepenuhnya kepadaNya?
Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya
BERDOALAH KEPADANYA
dengan sepenuh kerendahan
dan yakinlah =)
syukran. sngt terkesan. :)
ReplyDeletejzkk dear sister :)
ReplyDeletenice, dr.'atiqah!
ReplyDelete