Tuesday, August 16, 2011

Mutiara kata: al-Fudhail b. Iyadh



mencapai bintang hikmah itu


Entah mengapa aku jadi suka mendengar kata bicara al-Fudhail bin Iyadh. Mahu lihat?



Fudhail ibnu ’Iyadh mengatakan;
”Barangsiapa yang hendak mencari teman tanpa cacat, pasti dia tidak akan menemukan teman dan akan hidup tanpa teman.”
maka eratlah tali persaudaraaan tanpa menunggu kesempurnaan.

Kosongkan hatimu dari yang lain kecuali rasa takut dan tangismu kepada Allah swt. Jika keduanya sudah bersarang di hatimu, maka takut dan tangis itu akan membentengimu dari melakukan maksiat dan menjauhkanmu dari api neraka.”

maka belajarlah untuk menanam rasa takut pada Allah


“Jika kamu merasa begitu berat untuk menunaikan qiamullail dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah, sesungguhnya dirimu telah terbelenggu oleh dosa dan maksiat yang kamu perbuat.”


"Tidak perlu dikhawatirkan seseorang jika telah berkumpul tiga hal dalam dirinya. Ia bukan ahli bid’ah, tidak mengumpat dan mencela ulama salaf, dan terakhir, tidak bersekutu dengan penguasa."


Al-Iman Abu 'Ali Al-Fudhail bin 'Iyadh rahimahullah berkata, "Amalan yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar". Orang-orang bertanya," Wahai Abu 'Ali apakah yang dimaksudan dengan paling iklas dan paling benar?" Beliau menjelaskan,
"Sesungguhnya amalan jika telah ikhlas tapi benar maka tidak diterima (oleh Allah SWT). Demikian sebaliknya, jika amalan tersebut telah benar tapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima (oleh Allah SWT) sampai menjadi ikhlas dan benar. Sedangkan yang dimaksudkan amal yang ikhlas adalah yang dilakukan kerana Allah SWT dan yang dimaksudkan dengan amalan yang benar adalah jika dilakukan sesuai dengan sunnah (Rasulullah SAW)"
{Iqtidho' Shirothil Mustaqim, H451-452}

"meninggalkan amal kerana manusia termasuk riya' adapun beramal kerana manusia termasuk perbuatan syirik"

"Kamu jangan merasa rendah diri kerana menempuh jalan yang benar walaupun sediit orang yang menempuhnya, dan kamu jangan tertipu dengan bathil walaupun ramai orang yang mengamalkannya"
{Minhajul Taksis wat Taqdis fi Kasfi Syubuhat, Dawud bin Jarjis:1/84}

"Seorang mukmin menjaga rahsia dan memberi nasihat. Seorang fajir membongkar rahsia dan mencela"
{Al Farqu Baynan Nashiah Wat Ta'yir}


"Manusia paling berdusta adalah mereka yang mengulangi perbuatan dosa yang pernah dilakukannya. Manusia paling bodoh adalah mereka yang menunjukkan amal kebajikannya. Manusia yang paling dekat dengan Allah adalah mereka yang paling takut kepadaNya. Manusia tidak akan sempurna sehingga agamanya mampu mengalahkan nafsunya. Dan manusia tidak akan binasa sehingga nafsunya mengalahkan agamanya."


mendalam bukan nasihat yang ini =)

siapa Al-Fudhail bin Iyadh ini?? sila lihat di sini.

No comments:

Post a Comment