"siapa?" handphone dicapai, mesej masuk dipagi-pagi hari bukan perkara biasa baginya.
nama yang terpampar mengukirkan senyuman. Lantas butang open ditekan.
"Assalamualaikum wbt, selamat berpuasa.
jadikan RAMADHAN sebagai UNIVERSITI
yang mengajar kuliah-kuliah IBADAH,
tutorial-tutorial IMAN,
assigment-assigment TAQWA,
dan amali-amali AGAMA.
diharap diakhirnya nanti beroleh ijazah KEREDHAANNYA"
Sender:
Abbi
+60199838***
Received:
05:37:21 am
01-08-2011
Abbi jarang menghantar mesej. Mesej itu membuatkan aku teringat Ramadhan yang lepas.
"Ramadhan ni ada 3 fasa, fasa pertama fasa RAHMAT. Fasa kedua fasa KEAMPUNAN dan yang terakhir fasa PEMBEBASAN API NERAKA." abbi berkata seusai solat terawih kami yang pertama.
kepala diangguk, "10, 10, 10 ya abbi?" Hana' adikku bertanya.
Abi tersenyum kemudiannya membaca sepotong ayat quran bersama terjemahannnya.
Abi tersenyum kemudiannya membaca sepotong ayat quran bersama terjemahannnya.
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"(al-Baqarah:183)
Ketika waktu itu abbi yang menerangkan secara menyeluruh ayat tersebut, tapi hari ini aku sekadar ingin merumuskannya.
- Dalam ayat di atas Allah memanggil semua orang yang beriman agar berpuasa dan wajib keatas mereka untuk berpuasa.
- Tapi bagaimana? sebagaimana orang yang terdahulu berpuasa.
- Kenapa perlu berpuasa? Kerana Allah menawarkan ijazah taqwa untuk mereka yang melaksanakannya. Maka TAQWA itu?
ok setakat itu saja, sekarang dah 7.13 nak pergi 'sekolah'. Jadi selamat menyambut Ramadhan al-mubarak ya, semoga Ramadhan kali ini akan menjadi turning point perubahan kita kearah kebaikkan dalam mencari redhaNYA.
picture by KAK LONG tersayang |
p/s terima kasih kepada semua sahabat-sahabatku yang menghantar mesej ramadhan, maaf tak dapat nak balas.. low on kredit laa..hehe. Maka picture di atas itu adalah penggantinya~
ohh yaa sila tekan BAWAH untuk lihat sesuatu yang menarik. Hadiah seorang sahabat untuk sahabatnya kemudiannya aku sebarkan kepada kalian, enjoy~
RUSYDA, jazakillah rusyda..
No comments:
Post a Comment