dan itulah engkau
"Perumpamaan bagi orang-orang yang beriman itu dalam kasih-sayang, belas kasihan, rahmat-merahmati mereka, umpama satu jasad. Jika satu anggota mengaduh sakit akan turut semua anggota merasai sakit dan berjaga malam"
Assalamualaikum wbt,
hurrrmmm tidak tahu bagaimana harus memulakan. Biasanya aku dengan dia, antara kami banyak diam dari bercakap. Antara kami banyak memerhati dari dari menegur. Apatah lagi main cakap dari hati ke hati ni. Ayat-ayat jiwang mana kami pernah pakai. Bila ada antara kami mengeluarkannya, respons reflek "weiii gelilaaa" dan kemudiannya kami akan gelak. Dan entah sejak bila segalanya berubah, dia menjadi antara sahabat pertama penting dalam hidupku.
dan esok dia akan berangkat pergi tapi entah mengapa perasaan sedih pilu itu mesti mengambil alih.
DIA YANG AKU CINTA
Dia sebenarnya schoolmate aku dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 dan classmate aku dari tingkatan 1 hingga 4. Tingkatan 5 pula kami hanya dipisahkan oleh sekeping dinding konkrit sahaja. Tapi diam kami lebih diam dari dinding tersebut. Kami dipisahkan lagi dengan masa yang mengejar dan tanggungjawab yang memikul, maka apabila berlaku perbualan ianya sangatla ringkas dan padat.
Diam kami sebenarnya bukannya diam yang memain, senyap kami bukannya senyap yang memisah dan pandang kami bukannya pandangan bersahaja.
Mengapa?
Sebab ketika di alam sekolah dulu, dia orang yang pertama menghulurkan tangan disaat aku jatuh terduduk. Dia yang memberi aku semangat untuk bangkit kembali. Dia yang mengingatkan aku kembali kepada Allah dikala aku alpa. Dia juga orang yang sinis menegurku. Dia orang yang jujur memberikan komen tentang diriku. Dia orang yang mengetahui setiap kelemahan dan kekuatanku. Dan ketika semua manusia menjauh dia tetap berdiri disampingku memberi pandangan dan nasihat. Dia melakukan apa yang tidak orang lain lakukan.
Dikala antara kami lebih banyak diam, mampukah jarak kami merapat?
YANG MERAPATKAN KAMI
Yang meleburkan ais antara kami adalah sikapnya jua.
Kesungguhannya membaiki hubungannya dengan Allah menyentuh aku agar berjuang bersama. Dia banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang mendidik jiwa. Dia adalah manusia yang sanggup menyerahkan diri untuk ditarbiyah. Setiap peluang yang ada untuk meningkatkan diri tidak disia-siakannya.
Istimewanya dia. Dia tidak hanya belajar teori semata-mata tapi mempraktikan dalam kehidupan. Orang yang terkesan sudah pastinya aku. MashaAllah, betapa aku lihat semangat juangnya tinggi, dia tidak hanya membawa dirinya sahaja merasai kasih sayang Allah tapi ditarik sekali mereka-mereka disekelilingnya.
Maka di atas perjuangan inilah hati kami bersatu, saling melengkapi, saling membantu, saling memberi dorongan dan semangat. Alhamdulillah, Allah jualah yang telah menyatukan hati kami.
DIPERPISAHAN JARAK INI
Aku tahu dia tidak akan sempat membaca ini, tapi jejariku tetap degil menarikan irama perpisahan.
"sahabat, kali ini kita akan diuji dengan ujian perpisahan berjarak beribu batu. Kau dan aku akan tercampak jauh bagi memenuhi cita-cita ini. Apakah patut air mata ini mengalir? Adakah patut aku kesal? Sedangkan Allah ingin menguatkan persahabatan kita dengan jarak ini.
Sahabat, dalam perjalanan ini semoga engkau sentiasa dalam penjagaan dan perhatianNYA, moga Allah memberikan kepadamu ketaqwaan dan diampuni dosa-dosamu dan moga Allah menunjukkan kepadamu arah kebaikkan dimana sahaja engau berada.
Sahabat, jagalah imanmu, jagalah hatimu dan jagalah akhlakmu. Sentiasa dekatkan diri padaNya. Jadikan DIA alasan untuk dikau menempuh hari mendatang.
"If Allah be the reasaon for you to face tomorrow, the rest are minor.PUT HIM FIRST! HE NEVER DISAPPOINT =)"
Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang mencintai keranaNYA.
Imam Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya Allah SWT akan berkata pada hari akhirat kelak. Di manakah orang-orang yang saling mencintai erana kebesaranKu? Pada hari itu, Aku akan melindungi mereka di bawah lindunganKu. Iaitu hari dimana tiada lindungan lain kecuali lindunganKu."
untuk sahabat tersayang
Nur Ainatun Nadrah bt Nizam
Indonesia medical student
2011
salam Tiqah ~
ReplyDeletemasyaAllah.. ain rasa * speechless *
Doaku dari jauh agar ukhuwah Tiqah dan Ainatun berkekalan hingga ke syurgaNya.. ameen..
Ainatun ~! mabrouk2!
Selamat menuntut ilmu di perantauan..
;)