Semoga Allah memberikan yang terbaik |
Waiting for exam
result, I know that feeling. *glurrp*
"bagus ke result
aku nanti? berjaya ke aku?"
"arrh macamana
kalau tak lepas? kena repeat balik?"
"errr habislaa
kalau kena ulang tahun balik"
"mesti ummi dengan
abbi kecewa, adik-adik pula..hmmm"
"clueless...."
"....."
dan bermacam-macam
lagi. Always negative toughts.. hoho *itu aku lah, bukan kalian*
bukankah aku ini telah
melaluinya dan akan terus melaluinya?
dalam jangka waktu
menunggu itu kita akan terus cuba untuk bertenang, cuba terus-terusan untuk
menyakinkan diri. Sukar bukan? tapi jangan risau, ue will get it soon. Its
takes time to cool down. Tak boleh nak cakap banyak, aku sendiri pun perlu
melakukan berjuta-juta headshot before boleh tenang.
Apa yang aku ingin
katakan pada kamu;
"You believe
right?
Kau percaya akan DIA
bukan?
Maka, depends!
DEPENDs on HIM!"
This is not the end of
your journey, selagi result belum berada di tangan, aku percaya masih ada ruang
untuk berusaha. Aku percaya Allah akan menilai setiap usaha yang dilakukan.
Benar jawapan pada kertas peperiksaan itu tidak mungkin dapat diubah tapi aku
yakin yang menentukan perjalanan hidup kita selepas ini bukan kertas itu tapi
Allah. Dia yang menentukan perjalanan hidup kita. Dan aku yakin kau juga
mempunyai fikiran yang sama.
Apa yang aku ingin
sampaikan, BERDOALAH. Jangan pernah berhenti. Berdoalah agar Dia memberikan
kamu result yang terbaik. Supaya dengan result itu kamu akan belajar lebih
banyak perkara, mendapat lebih banyak pengalaman, membuka ruang dan jalan dalam
mencapai redhaNya. Tidak kira bagaimanapun result itu nanti, berdoalah supaya
Dia menenangkan hatimu dan mententeramkan hatimu. Supaya engkau terus tabah.
BERGANTUNG HARAPlah hanya padaNya kerana kau tahu juga usahamu tidak menjadikan
engkau berjaya melainkan Dia yang menghendaki sedemikian.
dan akhirnya, YAKINlah
DIA akan memberikan yang terbaik. You have done your responsibility as a
student now leave the rest to Allah. He knows better.
Dears,
I'm might not always be
with you,
but my doa always there
for ue.
-they are far more powerful, right? hoho-
Wish you all da best =)
***
Benar dulu ketika
menunggu result first year aku, aku doakan semoga aku lulus kerana aku tidak
sanggup untuk mengulang tahun, menghadapi subjek yang sama. Aku mahu terus maju
kehadapan belajar perkara baru. Dan Allah tidak menghendakinya. Aku gagal!
namun aneh, ketika melihat namaku tersenarai dalam re-test, aku rasakan segala
beban diangkat, betapa tenang dan bahagianya ketika itu. Allah! terasa air mata
ingin menangis kegembiraan. Apakah ini? Perjalanan hidupku selepas itu sungguh
Allah ingin mengajarku sesuatu, bukan satu tapi banyak. Alhamdulillah rupanya
itu bukanlah kegagalan tapi kejayaan. = ) see Allah always knows better~
No comments:
Post a Comment