F.A.M.I.L.Y |
"Memang macam ni eh?" adik aku bertanya dari
belakang. Dua belah kaki dah melunjur atas sofa.
"eh?"
"kak cik kalau study memang macam ni eh? air segelas,
buku, kertas dan pensil bertaburan atas meja?"
"oh" mata kembali kearah meja. Haahlaa serabut
habis meja kecil tuh.
OK STOP! motif tulis?
rindu nak balik rumah!! ='(
Seriously rindu, rindu nak solat belakang abbi, rindu nak
dengar along azan, rindu nak dengar angah baca Quran, rindu nak kena kata pedas
dari kak teh, rindu nak dengar suara adik-adik dan yang paling rindu, rindu nak
tengok muka ummi, makan masakan ummi. Ok sumpah rindu!
dan terawih tadi tiba-tiba teringat kata-kata ummi dan abbi
*habuk*
"Ummi dengan abbi tak tinggalkan harta banyak untuk kak cik dengan adik-adik. Iman dan ilmu tuh saja ummi dengan abbi tinggalkan"
Seriously clueless waktu tuh, then teringat kata-kata angah
"kak cik kena ready juga. Waktu tuh pasti tiba juga"
ok-ok STOP! *sapu screen*
dan sungguh aku bersyukur kerana Allah menghadiahkan family
yang best dan cool untuk aku. #alhamdulillah# Tinggal aku lambat mengambil
pengajaran dari mereka, tinggal aku yang menutup mata sebelah dalam menjejaki
mereka.
Risau seandainya aku ini menjadi seperti anaknya Nabi Nuh,
meninggalkan bahtera penyelamat. Gagal dalam mencari cahaya Ilahi. Bagaimana
nanti?
Ya Rabb, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah
hatiku di atas jalanMu dan satukanlah hatiku dengan hati yang benar-benar
mencintaiMu. Dan kuatkanlah daku.
****
-sungguhlah tahun ni tak sempat puasa dekat rumah. So dear heart, please be good and nice. dan kena struggle juga. Abbi kata, pelajaran itu penting!
-F.A.M.I.L.Y aka Father and Mother, I Love You
tanpaNya aku kosong
tiada makna
likes
ReplyDelete