Tuesday, October 04, 2011

Terus bergerak...




"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
-Imam Hassan Al-Banna-



Sekarang tengah merasakan tekanan tahap giga, modul kedua ini terasa sangat berat untuk dibawa. Terlalu banyak perkara baru, benda baru, term baru, dunia baru. Apa tidaknya pertama kali berkenalan dengan parasite, keluarga bacteria, virus dan fungal. Dan pertama kali juga ingin mengambil tahu secara serious tentang ubatan, antimicrobial, antifungal, antivirus.... padahal sebelum ini akulah manusia yang paling liat untuk mengambil ubat. Dan dek modul ini juga cara study aku terpaksa diubah suai, banyak menghafal terutamanya bagi subject parasitiology. Terfikir juga, bolehkah menghafal hampir 30 nama baru beserta biodata diri sedangkan aku menghafal nama kawan pun belum tentu lepas. dan pharmacology bagaikan ada masalah dengan aku.


Allah, mungkinkah aku berjaya melakukannya?
Ketika kerisauan itu memuncak, tangan menekan folder saved items dan ini yang aku jumpa dalam lambakan mesej.


"Orang yang berjaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan kejayaan. Apa yang dijangka dan disangka di dalam hati adalah doa dalam senyap" (Razzi ar-Mansur)
Sender : Syazwani Azmee M92


Jadi mengapa harus risau? Tugasmu adalah berusaha dan bersangka baik terhadap usaha itu. Berjaya atau tidak itu milik Allah untuk putuskan.


dan kamu harus sedar bukan usaha kamu yang gigih dan banyak itu yang membuatkan kamu berjaya malahan usaha yang banyak itu tidak pernah cukup untuk memberikan kamu kejayaan. Usah merasa cukup dengan usaha, usah merasa dikau akan pasti berjaya. Kita perlu rasa usaha kita belum cukup, perlu sentiasa berada dalam keadaan dahaga, dahagakan bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Dalam mencari pertolongan dan bantuanNya juga kita tidak boleh merasa sudah cukup. Solat hajat, doa, tahajjud jangan pernah merasa cukup. Kita kena terus meminta, meminta dan terus meminta. Sentiasa merasakan diri ini lemah, tersangat-sangat lemah lantas kita sentiasa memerlukan bantuan dariNya. Jangan merasa penat dan lelah dalam meminta kepadaNya.


Ingatlah bukan usaha itu yang membuatkan dikau berjaya, tapi Allahlah yang menentukan segala-galanya. dan yakinlah bahawa Allah akan menurunkan pertolonganNya.


Jadi 'Atiqah, ayuh usaha! usaha dengan penuh keyakinan. Allah, DIA boleh melakukan apa sahaja. YAKIN! dan jangan lupa masukkan aku dalam doamu  =)





Katakan kepada kenangan pahit,
"engkau kini telah menjadi sebahagian masa silamku dan aku tidak lagi akan menangisimu dan membiarkan diriku terbelit dengan segala keresahan yang ada bersamamu, aku ingin menikmati keindahan pagi bersama fajar dan harapan baru"

Mulakan harapan baru dengan semangat baru
sentiasa berazam untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam
dan esok lebih baik dari hari ini
usah tenggelam lama dalam kesedihan dan kegagalan masa lalu.




jika dikau merasakan itu berat bagimu, mengapa masih main-main?
biarpun terasa berat wajib dipikul jua, maka belajarlah untuk serious dan bertindak matang.
dan sentiasa ingat dari pelajaran itu akan wujud lubang-lubang D

1 comment:

  1. salam alaykk..benar bagai dikata..jum bergerak, dan terus B.E.R.U.S.A.H.A..!!~

    ReplyDelete