Friday, October 21, 2011

Hanya Dia yang mampu

Sometime I really want to burst out into tears
but somehow I relief I do not


Jangan menangis
damaikan hatimu dengan selimut redha
masakan Allah mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia?
Bukankah Allah tahu derita hidupmu?
bukankah Allah tahu rentak hatimu?
hey diri, siapa yang lebih dekat darimu melainkan Dia?
Bukankah Dia?

Dia tahu segalanya tentangmu
malah lebih dari dikau mengenali dirimu
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak
lebih mudah, lebih akrab dan lebih dekat denganNya

Dia rindu mendengar rintihanmu,
Mengapa tidak engkau bicara denganNya
lepaskan segala keresahan di jiwa
biarkan segalanya bebas, sebebas-bebasnya

jangan risau, biarpun engkau tidak tahu apa yang perlu dikatakan
walaupun engkau tidak berkata apa-apa
Dia faham, Dia memahamimu, 
Dia akan tetap sentiasa bersamamu

Kembalilah padaNya
kerna hanya Dia yang mampu mengisi kekosongan hatimu

Kembalilah



edited by: RnR 
special to: RnR (be strong)
credit to: Basyirah (05022011)


1 comment: