Saturday, October 01, 2011

I acknowledge and accept myself


you are the HEROES of your own story


Cintailah dirimu sendiri, 
hargailah dirimu sendiri,
belajarlah untuk menerima dirimu sendiri. 
Biarpun dikau merasakan dirimu tidak sempurna, 
belajarlah untuk menerima.
Usah mentopengkan wajahmu
Setiap manusia itu ada keunikkannya
engkau juga begitu, percayalah
hanya tinggal engkau mencari keunikkan itu
tinggal engkau menerima dan menghargai keunikkan itu


Sahabat,
engkau juga tahu dunia ini cantik dan indah kerana perbezaan itu,
engkau juga tahu Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza,
punya tugas yang berbeza-beza, peribadi yang berbeza-beza,
keunikkan dan personaliti yang berbeza-beza
usah lagi membohongi diri sendiri, 
usah menjadi peribadi yang bukan sebenarnya dirimu
dirimu yang sebenarnya, CINTAilah, hargailah.


Percayalah, menjadi diri sendiri itu lebih nikmat
menjadi diri sendiri itu ada ketenangan
setiap manusia itu ada kelebihannya
tinggal engkau hanya perlu mengembangkan potensi yang ada
biarpun sekecil kuman sekalipun potensi itu
usah mengalah, usah bersedih, 
usah malu untuk membesarkan potensi itu


Sahabat,
belajarlah untuk memberi maaf
setiap manusia itu ada kelemahannya, ada khilafnya
belajarlah memaafkan kesalahanmu sendiri
belajarlah untuk menerima salah itu
dan bergeraklah kehadapan

I acknowledge & accept myself for who I am!


Tahu bagaimana menjadi diri sendiri?
Menjadi diri sendiri bukanlah bermaksud
'terus melakukan segala aktiviti harian'
bukanlah bermaksud 'tidak membuat perubahan kearah kebaikkan'
menjadi diri sendiri maksud aku adalah 
sentiasa jujur dengan dirimu sendiri
bukan melakukan sesuatu untuk dibanggakan
menjadi dirimu sendiri maksudnya
dikau bergerak selari fitrah dan kebaikkan
tidak risau dan hirau akan cacian orang
terus maju mencapai redhaNya
engkau tidak takut menjadi dirimu sendiri


jadi ayuh maju
membuang topeng dan berusaha berubah menjadi lebih baik
dengan menjadi dirimu sendiri =)


Kita mahu hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini
tapi kita tidak mahu menjadi lebih baik dengan menjadi orang lain
kita mahu menjadi lebih baik dengan menjadi diri kita sendiri


LOVE yourself & ACCEPT yourself
for WHO you are

No comments:

Post a Comment