Friday, October 21, 2011

Hanya Dia yang mampu

Sometime I really want to burst out into tears
but somehow I relief I do not


Jangan menangis
damaikan hatimu dengan selimut redha
masakan Allah mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia?
Bukankah Allah tahu derita hidupmu?
bukankah Allah tahu rentak hatimu?
hey diri, siapa yang lebih dekat darimu melainkan Dia?
Bukankah Dia?

Dia tahu segalanya tentangmu
malah lebih dari dikau mengenali dirimu
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak
lebih mudah, lebih akrab dan lebih dekat denganNya

Dia rindu mendengar rintihanmu,
Mengapa tidak engkau bicara denganNya
lepaskan segala keresahan di jiwa
biarkan segalanya bebas, sebebas-bebasnya

jangan risau, biarpun engkau tidak tahu apa yang perlu dikatakan
walaupun engkau tidak berkata apa-apa
Dia faham, Dia memahamimu, 
Dia akan tetap sentiasa bersamamu

Kembalilah padaNya
kerna hanya Dia yang mampu mengisi kekosongan hatimu

Kembalilah



edited by: RnR 
special to: RnR (be strong)
credit to: Basyirah (05022011)


Sunday, October 16, 2011

Dalam kelemahan, kita berusaha




Dibanyak malam aku berdo'a 
Karna diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Dibanyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mataku mengurai
Tak akan mampu dosa terlerai

Ya Allah hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukan cahaya
Ya Allah Engkau satu yang mampu
PertolonganMu selamatkan aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu

Dibanyak hari aku mencoba 
Sebut nama untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang slalu berakhir penyesalan

Memang Penghambaanku belumlah sempurna
Sgala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu, kembali aku

song by star five_penghambaanku



Entah kenapa beberapa hari ini, air mata itu terlalu murah. Allah keadaan apa yang Engkau berikan kepada aku ini? Bagaimana aku ingin membantu hati-hati itu ya Allah? sedangkan aku sendiri masih lemah. Seminggu ini, inboxku dipenuhi dengan hati-hati yang mencariMu ya Allah, bantulah mereka, sinarilah jalan mereka. Aku sesekali tidak mampu menghadirkan mereka ketenangan melainkan dari Engkau ya Allah. Limpahkanlah mereka dengan rahmat dan kasih sayangMu, selimutilah mereka dengan cintaMu. Tenangkan mereka dengan ayat-ayat cintaMu. Aku hanya sekadar mampu berusaha dan berdoa dari kejauhan. Allah, engkaulah yang berkuasa atas segalanya, bantulah kami ya Allah, satukan hati kami dengan hati-hati yang mencintaiMu, satukan hati kami di atas jalanMu dan eratkanlah ya Allah. Ya Allah, Rabb yang membolak balikkan hati, tetaplah hati kami di atas jalanMu.

Sahabat, aku sesekali tidak mampu memberi apa yang dikau mahukan. Hanya Allahlah yang berkuasa, mintalah padaNya, Dia sentiasa mendengar. Sahabat aku sekadar ingin berpesan kepada diri yang fakir ini dan dirimu yang aku cintaii, carilah ketenangan itu dalam alunan ayat cintaNya dan dekatilah mereka yang mencari cintaNya jua. Sahabat di situ ada kedamaian, majulah kuatkan langkahmu. Dia sentiasa bersama kita, insyallah.



Kita masih akan berpegangan tangan kesyurgaNya bukan?

Wednesday, October 12, 2011

Ini kami, siapa ANDA?

Ini adalah kami, siapakah pula anda?

Kami adalah sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang mencintai keamanan, kesejahteraan dan kedamaian. Kami ukirkan sebuah pengharapan yang menjulang tinggi agar suatu hari nanti dunia yang didiami ini akan dinaungi di bawah payungan keislaman yang sebenarnya.

Kami adalah pemuda pemudi yang merindui suasana-suasana yang boleh menghidupkan hati. Maka kami berusaha keras menghidupkan kehidupan kami dengan biah yang soleh (suasana yang baik). Kami kerahkan kudrat tenaga, pemikiran dan korbankan masa dan wang kami untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang sesuatu dengan batas syara'. Tiada yang lebih baik dalam hidup jika seluruh orientasi kehidupan difokuskan sebagai medan ubudiyyah kepada Allah SWT.
Kami ialah barisan mahasiswa dan mahasiswi yang inginkan kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan yang pastinya akan menghidupkan jiwa-jiwa kami. Cahaya yang terang benderang yang akan memancarkan sinar kebahagiaan dan ketenangan untuk kami lalui kehidupan ini dengan keredhaan Allah SWT. Inilah kemuncak cita-cita dan impian kami.
Kami semua adalah saudara dan saudari kalian. Mencintai kalian kerana Allah SWT. Kami ingin menyeru dan mengajak kalian daripada kesempitan jahiliyah kepada keluasan Islam dan hidayah Allah SWT. Kami mengasihi kalian sepenuh jiwa dan perasaan kami dan ingin bersama-sama seluruh ummah ini mempertahankan Islam sehingga ke akhir hayat kami.

Kami adalah pemuda pemudi yang ingin mencontohi Generasi Awal yang dididik di bawah didikan Madrasah Rasulullah SAW. Generasi yang menjadi Qudwah utama dalam mempraktikan dan menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup. Mereka inilah yang sewajarnya dicontohi dari segi akhlak terpuji, semangat juang mempertahankan Islam, kesungguhan dalam beramal ,keseriusan dalam berdakwah dan tekad dalam berpegang menghayati Islam. Cita-cita kami ingin menjadi seperti mereka dari semua aspek kehidupan. Mereka inilah Generasi Al-Quran yang unik.

Kami adalah generasi mahasiswa mahasiswi yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan. Kami berazam dengan keazaman yang membulat tinggi untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan kami dengan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang benar dan sahih. Inilah sumber rujukan utama dan hanya inilah rujukan kami dalam memahami dan menghayati Islam sebagai panduan kehidupan.

Inilah, kami. Walaupun diri kami ini dipenuhi dengan kekurangan dan kelemahan, akan kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menajamkan potensi diri, mempertingkatan kualiti hati dan menggilap kecerdasan emosi ke tahap yang tertinggi. Kami bertekad untuk bersama-sama dengan teman-teman dalam perjuangan untuk komited dalam proses pembangunan diri melalui proses Dakwah dan Tarbiyah yang akan memacu kecemerlangan diri kami di dunia akhirat.

Kami ingin cemerlang dalam menuntut Ilmu.
Kami berhasrat untuk berakhlak dengan sebaik-baik sahsiah terpuji
dan Kami ingin memanfaatkan hidup kami untuk pembangunan dan perjuangan Islam

INI ADALAH KAMI

dan

SIAPA PULA ANDA???



Ya Allah, kuatkanlah aku di jalanMu dan bantulah aku untuk terus maju bersama dengan 'kami' ini. Tetapkan hatiku bersama-sama mereka yang mencintaiMu.




Tuesday, October 04, 2011

Terus bergerak...




"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
-Imam Hassan Al-Banna-



Sekarang tengah merasakan tekanan tahap giga, modul kedua ini terasa sangat berat untuk dibawa. Terlalu banyak perkara baru, benda baru, term baru, dunia baru. Apa tidaknya pertama kali berkenalan dengan parasite, keluarga bacteria, virus dan fungal. Dan pertama kali juga ingin mengambil tahu secara serious tentang ubatan, antimicrobial, antifungal, antivirus.... padahal sebelum ini akulah manusia yang paling liat untuk mengambil ubat. Dan dek modul ini juga cara study aku terpaksa diubah suai, banyak menghafal terutamanya bagi subject parasitiology. Terfikir juga, bolehkah menghafal hampir 30 nama baru beserta biodata diri sedangkan aku menghafal nama kawan pun belum tentu lepas. dan pharmacology bagaikan ada masalah dengan aku.


Allah, mungkinkah aku berjaya melakukannya?
Ketika kerisauan itu memuncak, tangan menekan folder saved items dan ini yang aku jumpa dalam lambakan mesej.


"Orang yang berjaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan kejayaan. Apa yang dijangka dan disangka di dalam hati adalah doa dalam senyap" (Razzi ar-Mansur)
Sender : Syazwani Azmee M92


Jadi mengapa harus risau? Tugasmu adalah berusaha dan bersangka baik terhadap usaha itu. Berjaya atau tidak itu milik Allah untuk putuskan.


dan kamu harus sedar bukan usaha kamu yang gigih dan banyak itu yang membuatkan kamu berjaya malahan usaha yang banyak itu tidak pernah cukup untuk memberikan kamu kejayaan. Usah merasa cukup dengan usaha, usah merasa dikau akan pasti berjaya. Kita perlu rasa usaha kita belum cukup, perlu sentiasa berada dalam keadaan dahaga, dahagakan bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Dalam mencari pertolongan dan bantuanNya juga kita tidak boleh merasa sudah cukup. Solat hajat, doa, tahajjud jangan pernah merasa cukup. Kita kena terus meminta, meminta dan terus meminta. Sentiasa merasakan diri ini lemah, tersangat-sangat lemah lantas kita sentiasa memerlukan bantuan dariNya. Jangan merasa penat dan lelah dalam meminta kepadaNya.


Ingatlah bukan usaha itu yang membuatkan dikau berjaya, tapi Allahlah yang menentukan segala-galanya. dan yakinlah bahawa Allah akan menurunkan pertolonganNya.


Jadi 'Atiqah, ayuh usaha! usaha dengan penuh keyakinan. Allah, DIA boleh melakukan apa sahaja. YAKIN! dan jangan lupa masukkan aku dalam doamu  =)





Katakan kepada kenangan pahit,
"engkau kini telah menjadi sebahagian masa silamku dan aku tidak lagi akan menangisimu dan membiarkan diriku terbelit dengan segala keresahan yang ada bersamamu, aku ingin menikmati keindahan pagi bersama fajar dan harapan baru"

Mulakan harapan baru dengan semangat baru
sentiasa berazam untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam
dan esok lebih baik dari hari ini
usah tenggelam lama dalam kesedihan dan kegagalan masa lalu.




jika dikau merasakan itu berat bagimu, mengapa masih main-main?
biarpun terasa berat wajib dipikul jua, maka belajarlah untuk serious dan bertindak matang.
dan sentiasa ingat dari pelajaran itu akan wujud lubang-lubang D

Monday, October 03, 2011

SKEMA VIII kini kembali



Ayuh bersama! >.<
Terbuka kepada semua mahasiswa/i yang berada berdekatan dan berjauhan

"MAHASISWA CEMERLANG, UMMAH TERBILANG"


Objektif seminar:
1. Menyuntik kesedaran terhadap kepentingan kecemerlangan akademik di IPT
2. Mendedahkan mahasiswa kepada isu-isu kemasyarakatan dalam menangani permasalahan masyarakat muslim.

Pengisian:
Slot 1 : "Mahasiswa cemerlang harapan Islam dan ummah"
Slot 2 : Mahasiswa cemerlang pembentuk masyarakat gemilang"
Slot 3 : "Misi Somalia dalam konteks kepimpinan, kesukalerawan dan bakti"



"umat ini semestinya kembali bangkit, namun khazanah (aset) umat ini untuk kembali telah terkuras habis, kecuali satu: itulah pemuda!-As Syahid Iman Hassan al Banna-



Dunia ini menantikan anda....

Saturday, October 01, 2011

I acknowledge and accept myself


you are the HEROES of your own story


Cintailah dirimu sendiri, 
hargailah dirimu sendiri,
belajarlah untuk menerima dirimu sendiri. 
Biarpun dikau merasakan dirimu tidak sempurna, 
belajarlah untuk menerima.
Usah mentopengkan wajahmu
Setiap manusia itu ada keunikkannya
engkau juga begitu, percayalah
hanya tinggal engkau mencari keunikkan itu
tinggal engkau menerima dan menghargai keunikkan itu


Sahabat,
engkau juga tahu dunia ini cantik dan indah kerana perbezaan itu,
engkau juga tahu Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza,
punya tugas yang berbeza-beza, peribadi yang berbeza-beza,
keunikkan dan personaliti yang berbeza-beza
usah lagi membohongi diri sendiri, 
usah menjadi peribadi yang bukan sebenarnya dirimu
dirimu yang sebenarnya, CINTAilah, hargailah.


Percayalah, menjadi diri sendiri itu lebih nikmat
menjadi diri sendiri itu ada ketenangan
setiap manusia itu ada kelebihannya
tinggal engkau hanya perlu mengembangkan potensi yang ada
biarpun sekecil kuman sekalipun potensi itu
usah mengalah, usah bersedih, 
usah malu untuk membesarkan potensi itu


Sahabat,
belajarlah untuk memberi maaf
setiap manusia itu ada kelemahannya, ada khilafnya
belajarlah memaafkan kesalahanmu sendiri
belajarlah untuk menerima salah itu
dan bergeraklah kehadapan

I acknowledge & accept myself for who I am!


Tahu bagaimana menjadi diri sendiri?
Menjadi diri sendiri bukanlah bermaksud
'terus melakukan segala aktiviti harian'
bukanlah bermaksud 'tidak membuat perubahan kearah kebaikkan'
menjadi diri sendiri maksud aku adalah 
sentiasa jujur dengan dirimu sendiri
bukan melakukan sesuatu untuk dibanggakan
menjadi dirimu sendiri maksudnya
dikau bergerak selari fitrah dan kebaikkan
tidak risau dan hirau akan cacian orang
terus maju mencapai redhaNya
engkau tidak takut menjadi dirimu sendiri


jadi ayuh maju
membuang topeng dan berusaha berubah menjadi lebih baik
dengan menjadi dirimu sendiri =)


Kita mahu hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini
tapi kita tidak mahu menjadi lebih baik dengan menjadi orang lain
kita mahu menjadi lebih baik dengan menjadi diri kita sendiri


LOVE yourself & ACCEPT yourself
for WHO you are