tangan tak boleh terpisah dari tulis [ehsan] |
dari pagi selain menyelesaikan misi,
asyik mengacau-bilaukan emosi adek
'she done with her new blog' =)
-terima kasih biarkan kakakmu ini menembak dirinya sendiri =')
***
kau tahu kenapa aku tulis?
aku tulis bukan perasaan aku,
bukan juga hati aku,
apatah lagi rasa,
aku tak layak untuk itu
aku tulis, sebab aku mahu hidup
aku mahu,
hati aku terus hidup
kalau kau baca tulisan aku yang lepas
pasti kau nampak betapa banyak sisi gelap aku
aku tulis untuk hapuskan itu
satu demi satu
sebab aku banyak sisi gelap,
maka aku paksa diri untuk menulis
aku mahu terus hidup
kau akan tahu
saat aku berhenti menulis
hati aku turut berhenti
dan sisi gelap itu akan turut bertambah
satu demi satu
kau boleh kata
saat aku bersihkan sesawang di sini
aku sedang bersihkan jendela hati aku sebenarnya
=')
-kerana aku banyak sisi gelap, aku tak boleh berhenti
***
kalau aku banyak sisi gelap,
kau rasa aku mampu tulis kebaikkan?
-maaf-
No comments:
Post a Comment