Wednesday, February 15, 2012

Valentine's day

adakah patut?

Salam alaik,

Mesti rata-rata membicarakan valentine's day semalam kan? Semalam IS kami sekadar sejam sahaja dari 3jam masa yang sepatutnya, selebihnya Ustazah minta kami memberikan pendapat tentang valentine's day dan juga perspektif Islam mengenainya. Dan di sini tidak teringin untuk mengulas tentang ini, umum mengetahui sejarah perkembangannya dan umum mengetahui apa kedudukannya di sisi Islam.

Cuma mahu dikongsi sedikit pandangan menarik (LangitIlahi) mengenai valentine's day ini dan saksikan video menarik dari kaca mata TV (kadang-kadang part2 tv ni bleh juga diambil untuk menghentam haha*)


"Ya. Di situlah masalahnya Valentine’s Day. Berakar umbi dari permasalahan Aqidah, seterusnya menjalar kepada permasalahan praktis cinta yang silap. Bukan salah 14hb Februari. Salahnya adalah pada asas dan praktis Valentine’s Day itu sendiri." (HilalAsyraf via LangitIlahi) *sila tekan link*


dan video yang dipetik dari cerita-tidak-ingat-tajuk-apa =D




terfikif mungkinkah bakal menghasilkan ramai anak pada bulan November nanti?


"Jika sesuatu itu mengundang kemurkaanNya untuk apa lagi kita melakukannya?"

Sunday, February 12, 2012

Cerpen: Kisah pertunangan Insyirah



why run away from this? when ue don't know when death comes



Salam alaik,
Entah apa yang menerjah dalam fikiran, tiba-tiba teringin balik nak baca cerita pertunangan Insyirah. Jom baca sama-sama. =)


***


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. Helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama, sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

————————————–

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”

“Ya Allah, tenangnya…”

“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”


***


Itu cerita insyirah dan insyallah akan menjadi kisah kita juga, malah semua mahkluk Allah yang bernafas di dunia ini. 

Kematian itu pasti kan? Cuma kita masih lengah dalam mempersiapkan diri menghadapinya. Apatah lagi dalam usia keremajaan, usia yang cergas mati itu bagaikan jauh terasa. Sedangkan kematian itulah yang paling dekat dengan kita, bukankah malaikat maut itu sentiasa menjenguk kita?

"If you put your head on the pillow tonight, are you ready for that head not to come up again? Are you ready for that eyes to close, not to open again? Are you ready for that breath to come out, not to come back again? And are you ready for the last pulse of your heart? If you're being honest, the answer will be no. So what're you waiting for?" (Shaikh Alaa Elsayed, Khutbah Jumaat di Masjid UIAM Gombak, 30122011) via Akeem.Malakatianz

Adakah kita bersedia untuk itu? Semoga jawapan jujur yang lahir dari keimanan akan membuatkan kita melangkah lebih laju menujuNya.


Moga Allah redha~



Doakan kematianku dalam keadaan yang diredhaiNya
belum jumpa buku 'malam pertama di alam kubur'

Saturday, February 11, 2012

Birthday: simple update

dan jangan lupa hadiahkan ini ya =)

Salam alaik,

Baru teringat nak update something yang menandakan diri dah tua. Hey I'm 20 now. Sebenarnya nyaris-nyaris tak ingat tarikh itu sebab dalam demam exam. hehe. Thanks to my roomate (ieka azman) yang ingatkan dengan kad bersampul merah itu.


buku dan card


That is! 20 years old. Dah tua err dah mature hehe.

"Pertambahan usia itu, apa significantnya dalam hidup kau, apa yang kau dah buat 'Atiqah?" itu soalan pertama yang keluar. Tiba-tiba saja nafas ditarik dalam terasa ada beban berat di bahu. "Perlu usaha lebih hebat lagi, Allah ada, insyallah" dan itu menjadi jawapannya. "Semoga Allah masih memilih aku di atas jalan ini" dan itulah doa pertama terlintas.

Malamnya *esok exam* tak terlintas mereka akan buat party malam itu. Maklumlah malam exam, malam yang semua orang nak buat persiapan terakhir. Nak asah mata pen lah, nak itu dan nak inilah. Malam busy. dan malam exam memang mengantuk awal. Baru bercadang nak tidur lepas nak habiskan chatting dengan Ain sayang.

Tup Tup bawa masuk birthday cake dalam bilik kecil yang bersepah dengan kertas dan buku. Siap dengan nyanyi lagi. Aissshh depa semua ni... *senyum hingga ke pipi* nasib baik tak tidur lagi.

Amani letakkan kek atas meja kecil, nana hulurkan paper bag *recycle err?* haha. Amal ambil pinggan dekat bawah *rajinkan?*, dayu masih berdiri dengan tasha, hajar dah duduk bersila. Ieka memang asal atas katil dia dengan muka tak bersalah *pandai komplot err?" =D

Then segala peristiwa petang tadi terbongkar, patutlah lama menghilang petang tadi. Tapi kesian pula bila nana crita, berpusing mereka cari hadiah. hehe maaflah ya. ooo dapat hadiah BUKU! >.<

Jadi kami makan-makan bagaikan tak ingat esok nak exam..hehe

Pape pun, TERIMA KASIH banyak-banyak.
Bazirkan masa study exam untuk cari hadiah, kek dan makan sama-sama.
Akan ingat ini sampai Allah tarik ingatan ini.


cantik tak?

My loves:
Amani, Amal, Ieka, Hidayu, Nana, Tasha dan Hajar
Moga Allah membalas jasa kalian
dan moga Dia terus menyatukan hati-hati kita di atas jalanNya
=)



berakhir zaman 19 on 8th Feb 2012
Doakan terus tetap dalam jalan juang ini

Cerpen: Buku atau lecture notes?

book or lecture notes?
picture by kael360 of devianart

Salam alaik,

Yesterday, end of CVS battle. I was thinking after finishing the last question. "Will I get pass this time?" *tarik nafas....hembus...punyalah banyak questions yang terblurr, boleh pass ke?" Then during feedback session, xxxxxxxxxxxx seriously totally messed up!

***

Dia duduk bersila, angin dari tingkap yang terbuka menerjah masuk menyapa dingin wajahnya. Dia menarik nafas perlahan-lahan kemudian dihembus perlahan. Terasa seperti takungan mata memberat dan tanpa paksaan air mata menitis keluar. Dia menggetap bibir.

"mengapa?" persoalan itu dilempar keluar. Kaki diangkat ke dada, kepala dirapatkan ke lutut. Tangisan kecil kedengaran. Dia benar-benar tak faham, tak faham! Mengapa ya Allah, mengapa!?

"90% questions are taken from your lecture, so just read it, ue will pass. Guarantee!" suara lecture physiology tadi berpusing-pusing di minda. Fikirannya berputar menemui temannya, "Dia lulus cemerlang dengan hanya membaca lecture note, kenapa aku perlu struggle baca buku tebal?" Perasaan menyesal menusuk masuk.

Dia kecewa, benar-benar kecewa. Sekilas pandangannya jatuh pada buku-buku yang disusun kemas, pada nota-nota yang meninggi. Dia memandang geram, tanpa sedar tangannya mencapai lalu menolak kasar himpunan nota dan buku tadi. Bertaburan serentak dengan esakan yang meninggi.

Dia bersandar kepada dinding cuba bertenang. Kepalanya buntu, benar-benar keliru. Apa yang harus dilakukannya? Mood untuk belajar seperti biasanya sudah hialng melayang bersama peperiksaan pada pagi tadi. Dia sudah hilang keyakinan untuk menyentuh buku apatah lagi untuk menyelak. Pelbagai fikiran bermain di minda.

Mengapa ini mengapa itu....

Ain... satu nama terlintas difikirannya, serentak dengan itu komputernya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk menerusi skype yang terbuka.

"Ain" lantas butang accept ditekan.

Wajah Ain yang ceria berkerut. Ain mengangkat kening tanda soal kemudian pandangannya jatuh pada buku-dan kertas yang berselerakkan dibelakang Fiqa.

"Fiq, whats up?" Diam menjadi jawapan. Fiqa menyapu air mata di pipi.

"Fiq" Ain memanggil lembut. Fiqa masih membisu, pandangannya dibawa lari.

Ain diam sejenak, berfikir kemudian dia tersenyum kecil. "Exam tadi err?" dia meneka.

Fiqa menatap wajah Ain yang tenang, "aku tak faham Ain, tak faham" air mata kembali gugur.

"Apa yang kau tak faham Fiq? cer cite skit"

"Aku tak faham kenapa Allah tak bagi aku lulus. Aku dah study bagai nak mati, semua buku-buku tuh aku baca, aku rujuk, aku telaah. Tapi kawan aku baca lecture notes saja dah lulus cemerlang."

"Jadi apa masalahnya?" Ain buat muka tak faham.

"Aku nak lulus Ain!" tekan Fiqa sedikit meninggi.

"Kau nak lulus exam ni, tapi kau tak nak pahala dari Allah, kau tak nak lulus exam Allah, gitu?" Ain menyoal.

Fiqa terdiam.

"Fiq, mungkin betul kalau kita baca lecture notes saja, kita memang boleh lulus. Tapi kau sendiri tahu kan, yang Allah langsung tak tengok result kita, tapi Allah tengok usaha kita. Allah nilai berapa banyak usaha yang kau buat, berapa banyak masa yang kau habiskan dengan buku-buku tuh, setiap muka surat, setiap huruf yang kau baca, Allah nilai. Allah nak bagi dan dah bagi kau banyak pahala, tapi sayang kau nak tolak semua tuh semata-mata kau nak lulus exam?"

"Kau Fiq, kau baca buku, kau usaha itu semua bukan untuk lulus exam ini, tapi kau lakukannya untuk lulus exam Allah di sana kelak"

Tersentak! Air mata kembali mengalir laju. Dia tak nampak selama ni.

"Allah lebih tahu keadaan diri kau dari diri kau sendiri. Lebih kenal kau dari aku kenal kau, Fiq. Mungkin Dia tak bagi kau berjaya sekarang kerana mungkin bila kau dah berjaya kau berhenti baca, kau berhenti usaha, sedangkan Dia masih nak bagi kau pahala belajar. Fiq, Allah sayangkan kau." ujar Ain lembut.


"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah:216) 


Fiqa masih diam, terasa terpukul.

"Kau tak patut jeles dengan orang yang baca lecture note tuh malah dia yang sepatutnya jeles dengan kau, Fiq sebab kau dapat banyak pahala berbanding dia. Kau masih nak tolak semua tuh?"

"Aku bodoh kan Ain" Fiqa menyoal dalam tangisan.

Ain mengelengkan kepalanya, "Kau Fiq, sahabat aku yang pintar cuma kau tak nampak dan kau lupa, itu saja"

Benar dia lupa dan juga tidak nampak. Selama ini dia belajar bermati-matian untuk cemerlang, untuk lulus exam. Untuk terus ke tahun kedua, dia tidak mahu tersekat di tahun pertama. Benar, setiap kali belajar dia akan niatkan untuk Allah. Tapi dia lupa dan tidak nampak, bahawa niat itu bukan sekadar niat sahaja. Dia lupa yang Allah memerhatikannya, menilai dan memberikannya pahala jihad. Dan dia juga tidak faham akan doa-doa belajar yang dibacanya setiap kali memulakan dan mengakiri pelajarannya. Dia lupa tentang itu, dia tidak nampak jalan itu dan dia tidak faham matlamat itu. Sungguh exam benar-benar mengaburi pandangannya.

"Aku..aku tak tahu nak buat apa Ain" perlahan dia menuturkan.

"Kau yakin pada Allah kan?"

Angguk

"Maka bergantung haraplah padaNya, lemparkan semua keresahan dan ketakutan kau pada Dia. Berdoalah dan solatlah"


"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat....." (al-Baqarah:45)


Fiqa menangguk.

"dan Fiq, ada sesuatu yang kau perlu faham dalam belajar..."

Fiqa merenung Ain tepat, berfikir, dahinya berkerut.

"Apa dia?"

***

APA DIA??

***

Jadi, 'Atiqah. Jangan risau. Usaha sehabis baik. Do the best and lets Allah do the rest. =)

Thursday, February 09, 2012

MedStory: Menjadi yang bagaimana?

To be good or not, ue choose!


Menjadi doktor bagaimana pilihan dikau?
Menjadi doktor dunia atau akhirat?


Jika doktor dunia,
kerjanya memang senang
jalan juang pon tak banyak dugaan
hanya perlu bersenang lenang
relaks dan enjoy
paling 'best'
tunggulah 'hadiah' dari Allah kelak


Jadi doktor akhirat
susah dan perit
jalan juang yang ditaburi dengan darah
bukan dengan bunga-bunga indah
Jalan yang membuatkan dikau sentiasa terluka
menangis kelemahan
semakin kau cuba menjadi semakin terasa lemah dikau disisiNya
Tapi inilah golongan yang dijanji Allah
untuk SyurgaNya kelak, insyallah.
dan apakah lagi yang dikau mahu selain itu?
Syurga dan kasih sayang Allah?


Maka apa pilihanmu?
Menjadi seperti Dr. Abdul Aziz Rantisi?
atau menjadi seperti Dr Code Blue?
*angkat kening


Jika pilihanmu Dr. Abdul Aziz Rantisi
maka fahamilah erti hidup beliau
berjuanglah seperti mana beliau berjuang
jejakilah langkahnya walaupun kau tak mampu menjadi sehebatnya


*baiki diri, hiasi peribadi*
*jaga HDA*
*tinggi diri*
*study*



p/s: buatlah pilihan yang mendekatkan dirimu pada Allah...
Moga Allah redha~



little update for myself
before exam
Sila tembak doa ya

Monday, February 06, 2012

Song: Sinful Slave

Where you are heading? Whom you are hoping?

Its cold, its late
Everybodys sleeping
I arise and ask Allah to forgive me
Oh Allah You See
Oh Allah You Know
All the sins I do
I turn to You, to forgive my sins in my heart

Im Your sinful slave
Youre my Loving Lord
Im the one who runs away
Oh Allah guide me

My sins are mountains high
Your Mercy is so Wide
Love me, Guide me, Forgive me all my sins

My heart inclines, to that which is evil and nasty
I realise, that Satans wanting to seize me
I want to make things right
I stand before You here
Forgive the sins I do
Thats why I turn to You
I turn to You, to forgive my sins in my heart

Im Your sinful slave
Youre my Loving Lord
Im the one who runs away
Oh Allah guide me

My sins are mountains high
Your Mercy is so Wide
Love me, Guide me, Forgive me all my sins

All my life Ive been so blind I dont know what to say
Ive disobeyed my Lord, Ive lost control
My mind is gone astray
No good have I done
Only myself to blame
Please my Lord, dont take my soul
I dont want to burn in Your flame

I hope
I pray
I hope that Allah will forgive me
I so scared, I no longer want to be lonely
Its time to make a change
The way I live my life
Islam will guide me through
Surrender myself to You
My Lord I ask you to bring the light in my life

Im Your sinful slave
Youre my Loving Lord
Im the one who runs away
Oh Allah guide me

My sins are mountains high
Your Mercy is so Wide
Love me, Guide me, Forgive me all my sins

Im Your sinful slave
Youre my Loving Lord
Im the one who runs away
Oh Allah guide me




Lyrics: Sinful slave
By: No beats necessary


Moga Allah Redha

Thursday, February 02, 2012

Syabab: Kewajipanmu #1


inilah kewajipan kita dalam perjalanan ini


Inilah kewajipan kita. Antara kita sedar atau tidak. Antara kita mahu atau tidak. The choice is in our hands.

******


Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Anak-anakku muda mudi tercinta,

Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemilangannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.

Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi realiti dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”

Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.

1.             Kewajipan terhadap diri sendiri

Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” {Ar-Rum:54}

Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…”

Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.

Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menaggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.

Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matalamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.

Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuanNya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Putera puteriku yang disayangi,

Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dikumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.

Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah:

1.      Jasad yang kuat
2.      Akhlak yang mantap
3.      Fikiran yang bermaklumat
4.      Mampu bekerja
5.      Aqidah yang sejahtera
6.      Ibadah yang sahih
7.      Bermujahadah melawan nafsu
8.      Sangat menjaga waktu
9.      Urusannya tersusun
10.    Berguna untuk orang lain

Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.

Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.

Jadilah kamu orang yang berenovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.

Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.

Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.

Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.



Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M



akan bersambung.

Next: Kewajipan terhadap ibu bapa

Heart has 4 chambers (Siri 2)

kebaikkan dan kejahatan tidak pernah hidup bersama


Salam alaik,

Insyallah hari ini nak sambung cerita pasal heart hari tuh. Sebenarnya bukanlah nak cerita pasal heart sangat pon tapi ini sekadar lebih kepada perumpamaan. Perbandingan. Jadi jangan expect ada cerita pasal jantung yang terlampau anatomic mahupun physioc =D

Jadi, jom kita revise balik post yang lepas:


1. Bahagian kiri dan kanan jantung tidak bercampur.
2. Mempunyai aliran darah yang tetap dan tersendiri.
3. Mempunyai valve yang menyekat pengaliran darah ke belakang.


"APA AKAN JADI JIKA 3 FAKTA DI ATAS TIDAK BERFUNGSI SEPERTI KEADAANNYA SEKARANG?"


Jika sistem badan berlaku kerosakkan, dalam dunia medik kita panggil sebagai, 'pathophysiology'. *apa bezanya dengan pathology?* Sebarang kerosakkan akan menyebabkan berlaku syndrome-syndrome tertentu ataupun mungkin boleh membawa pada penyakit.

Namun hari ini bukanlah itu yang kita mahu lihat, kita mahu lihat aplikasi perkara-perkara di atas dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah semestinya. Insyallah.

Mari mulakan.

1. Bahagian kiri dan kanan jantung tidak bercampur.

Darah dalam bahagian kira dan kanan jantung, tidak bercampur. Ia dipisahkan dengan septum. Sebelah kiri lebih pada darah yang pekat dengan oksigen manakala disebelah kanan kepekatan oksigen adalah sangat sedikit. Dua jenis darah ini tidak boleh bercampur, buruk akibatnya nanti.

Maka di sini apa yang boleh kita lihat? Dua benda yang berbeza dan berlawanan tidak boleh dicampurkan dalam satu tempat dalam satu masa bukan?

Maka teori yang sama jugalah kita guna pakai dalam memisahkan antara perkara positif dan perkara negatif. Kejahatan dan kebaikkan. Dua perkara itu tidak boleh bercampur sebagaimana darah di dalam jantung kita. Cas positif dan negatif adalah berlawanan antara satu sama lain.

Terdetik ketika duduk bersama bulatan yang lepas. Kami membincangkan pasal kebatilan dan kebaikkan. Bagaimana kebatilan dan kebaikkan itu tidak bercampur. Ibarat air dengan minyak, ibarat kutub utara dan selatan, timur dan barat, ibarat ikan yang hidup di laut dengan ayam yang hidup di darat. Segala-galanya tidak bercampur.
  
Kebatilan dan kebaikkan itu terpisah!

Maka di sini satu lagi persoalan timbul, bagaimana memastikan antara kebatilan dan kebaikkan itu terpisah? bagaimana langkahnya mungkin?


Final lagi 7weeks, doakan ya =)

Sekadar itu sahaja. Persoalan yang tertinggal itu jika anda tahu, silalah kongsi. Jika saya ingat akannya i'allaha kan dilakarkan lagi.


"Kebaikkan dan kejahatan merupakan dua perkara berlainan namun mengisi tempat yang sama. Kedua-dua elemen tersebut adalah elemen yang mengisi ruang yakni hati. Seperti mana air yang diisi ke dalam gelas begitulah juga 2 elemen itu diisi ke dalam hati. Yang pasti yang 1 elemen sahaja yang boleh mengambil tempat. Jika diri masih melakukan kejahatan maka muhasabahlah kerana boleh jadi diri belum cukup dalam melaksanakan kebaikkan"

kerana kebaikkan dan kejahatan tidak mungkin berjalan bersama, seiring sejalan.




Moga Allah redha.