[google] |
Buka, tutup. Bangun. Duduk balik. Sungguhla, tak boleh jadi ni. Nak mengalir pun ada. Rumah ni banyak habuk barangkali. Heeeh. Kalau tak mula, kita tak tahu hujungnya. Apatah lagi tengahnya. Akan sering kali begini. Menyakinkan diri sendirilah benda yang paling susah nak buat, sungguh. Apatah lagi nak pujuk diri.
***
"tak boleh........."
"apa?"
"anat"
Senyum "insyallah boleh, kena mula, kena rajin, yakin!"
-tarik nafas, pejam mata-
"Bidang ni, ramai yang selesai tapi kecundang"
"erh.."
Senyum "kalau dari awal lagi niat tak kukuh, 5 tahun tuh boleh membunuh"
-tarik nafas, pejam mata-
"penat"
Senyum "biasalah tuh penat study, rasa benda yang sama juga. Yang penting ikhlaskan diri, betulkan niat"
-tarik nafas, pejam mata-
Kalian senyum namun aku gelisah. Tapi entah kenapa, senyum itu membangkit rasa. Senyum kalian menguatkan. Mungkin kerana ketika itu kalian menembak doa. Mungkin.
***
Ada waktu kau begitu, kuat
Ada masa kau begini, tabah
Banyaknya kau lembik, lemah, kosong
Tak mungkinlah mahu kalah dengan buku
Tak mungkinlah mahu lemah dengan tulisan
Tak mungkinlah mahu lembik dengan hafalan
Tak mungkinlah
Biar susah tetap kena usaha
Biar tak mampu tetap kena mula
Biar rapuh tetap perlu teguh, yakin
::PEJAM, YAKIN, REDAH::
-kau tak berpegang pada yang rapuh-
this path, makes me sick
just thinking, my hands shaking
kau kira mudah?
tenanglah, SPM lagi susah apa
*tipu*
No comments:
Post a Comment