alhamdulillah baru lepas siapkan tutorial BPSS. Pening dengan term-term yang wujud. Mujur sahaja ada housemate yang membantu sama. Alhamdulillah.. housemate thanks bebanyak bantu. =)
dalam tengah aku buat tutorial yang teramat memeningkan, aku jadi terfikir "kenapa aku perlu belajar semua benda ni?"
ya, kenapa perlu aku belajar? kenapa penting menuntut ilmu? kenapa?
dan sebenarnya sekelompok manusia sudah lupa tujuan mereka menuntut ilmu. Mungkinkah aku juga terlupa tentang hakikat aku belajar?
Maka, persoalan yang perlu sentiasa diingatan. "untuk apa kau belajar? kemana akan engkau laburkan ilmu itu?"
"mereka menuntutnya bukan untuk diamalkan. akhirnya ilmu mereka sebesar gunung namun amal mereka sebesar debu"
-sufyan al-thauri-
maka ingatlah
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan"
-al-A'laq:1-
kerna engkau pertahanan penting
"engkau memegang cabang penting dari cabang-cabang Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos (terlepas) dari pengawasanmu".
Maka belajarlah bersungguh-sungguh. Sentiasa memperbaharui niat dan iltizam. Insyallah Dia akan mempermudahkan jalanNya~
ALILMU ANNUR WA NURULLAH LA YAHDI LIL'ASI"
"ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk dalam hati yang melakukan maksiat"
No comments:
Post a Comment