Bila Allah ingin memperkuat cinta dengan berjauhan, perlukah tangisan itu? |
2 hari berlalu, berita gembira itu ternyata membuatkan aku berfikir berpanjangan dan air mata tidak henti gugur. Aku gembira namun sedih itu tetap jua bertandang, sakit tetap juga mengetuk dan rindu semakin memberat. Aku katakan pada diri, "hey jangan menangis kerana Allah ingin memperkuat cinta dengan kejauhan." dan itu hanya membuatkan tangisan bertambah.
Ketika berita itu sampai pada gegendang telinga, aku hilang kata dan hati tiba-tiba menjadi sebak. Sekadar bersuara riang berbicara tenang. Tidak mungkin aku tergamak mengikis gembiranya dengan sebakku dan tidak mungkin aku tegar membuat dia serba salah dengan tangisku.
Hey kamu, di sana nanti jangan lupakan aku, sentiasa masukkan aku dalam doamu, sentiasa jadikan aku teman sedih, ketawa, gembira dan amarahmu dan sentiasa rindui aku... kerna aku tidak akan berhenti merinduimu.
Betapa aku ingin terbang ke bumi terengganu sana, memeluk erat dirimu, melepaskan lelah buat kali terakhir di bahumu dan aku ingin berbisik padamu bahawa aku mencintaimu, bahawa aku bersyukur padaNya kerana dihadirkan kamu ke dalam hidupku. Tapi memikirkan bahawa aku tidak mampu melakukannya air mata itu menitis, sungguh aku rindu kamu. Ingin aku menatap wajahmu sebelum dikau berangkat ke seberang sana.
Hey tahukah? kamu itu bintang hidupku. Menghiasi gelap malamku dengan kata semangatmu, menceriakan hati dengan keindahan akhlakmu, meriangkan dengan kebaikkanmu dan mengapuskan duka dengan terangnya cahayamu. Terus bersinar ya? Kerna aku ingin dan akan sentiasa memandang bintang ini biarpun jarak berbatu itu memisahkan.
Mungkin kau akan katakan aku sengal, emosi semacam..haha tak kisahlaa. Gila aku nanti memendam rasa cinta dan sayang pada kamu tahu? =P
Hey sahabat
bintangku, kekuatanku
Sentiasa bersihkan niatmu
sentiasa upgradekan imanmu
Hey sahabat
aku yakin engkau akan melakar sejarah di sana
aku yakin engkau akan mendaki kejayaan di sana
hatta di mana-mana saja engkau berada
kerna aku yakin dengan sikapmu dengan kekuatanmu dengan semangatmu
dan kerna hubunganmu denganNya.
Hey sahabat
mungkin laluan kita berbeza
engkau di sana dengan suasana sana
dan aku di sini dengan suasana sini
namun kita menuju matlamat yang sama
itulah mencari redha Allah
jadi sahabat bersama kita lengkap melengkapi di jalan ini ya
hulurkan tanganmu jika aku jatuh
bisikkan kekuatan padaku bila aku lemah
ingatkan aku bila aku lupa
Hey sahabat
ku pinjam kata-kata ini untukmu
teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengikutimu.
teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
-IHAB-
Hey sahabat
ana uhibbukifillah
untuk segalanya |
sahabat terbaikku, berjuanglah!
dan nanti jangan menyiksaku dengan diammu tau
No comments:
Post a Comment