Friday, January 01, 2016

Hanya saja kau belum kenal DIA















Mungkin saat ini kau rasa kau di penghujung,
Hadapan gaung yang tinggi mendalam
Belakang tembok menghalang
Kiri dan kanan tiada jalan

Mungkin saat ini kau rasa tiada jalan
Kiri kanan gelap sahaja
Atas bawah tiada cahaya
Depan belakang tak nampak bayang

Mungkin kau fikir ini akhirnya
Mungkin kau fikir sampai sini saja
Mungkin kau fikir tak guna lagi mencuba
Mungkin kau fikir lebih segalanya berakhir

Mungkin
Mungkin
Mungkin...

Saat kau rasa tiada jalan
tiada pula cahaya
malah tak tersua tangan
kau fikir baik akhirkannya sahaja

berkali kau pejamkan mata
berharap segala tamat
tapi tak, sakitnya masih terasa
sukarnya makin menggila
baik tamatkannya saja

kau fikir kau sudah gila
hidup tak berguna
worthless!

bukan teman
bukan
kau hanya tak jumpa DIA
kau belum kenal DIA
kau belum cinta DIA
itu saja teman

Saat kau kenal DIA
segalanya tak sukar, mudah saja
jalan sentiasa ada
akan sentiasa ada cahaya
akan sentiasa ada tangan

dan kau tak susah-susah fikir kenapa
kerana kau mengenali DIA
kerana kau menyakini DIA

DIA yang mencintaimu, menyayangimu
tapi hanya saja kau yang perlu bergerak
mencari DIA

Maka teman,
kau tak gila
hanya saja kau belum kenal DIA

kau bukan tak berguna
hanya saja kau belum cinta DIA


"You mind might be too scary right now,
but with HIM it will not be that scary,
believe HIM, trust HIM, love HIM- will you?"
                            -me-love-you-








you are loved =)
this is not the end~

1 comment: