Friday, November 08, 2013

Jangan cinta bisu

pada kelam malam, ku bisikkan 'oh Tuhan, aku rindu dia'



#1
Dalam getaran sujud
sebut nama kau dalam-dalam
dalam tangisan rabithah
dakap erat namamu
harus bagaimana lagi aku?
tika kerinduan aku kemuncak


#2
Kau tahu, tika kemarau
langit resah, tak henti merindui hujan
dan aku lebih resah lagi, merinduimu
sepanjang detik


#3
Kencang ribut jiwaku,
lebat hujan hatiku;
andai saja kau tahu.


#4
mahu pegang erat tanganmu
mahu sekali lagi bicara denganmu
mahu bisikkan mimpi tuk bertemu di syurga
bisa kau doakan itu?


***

Aku rindu dia Tuhan,
dakap erat dia dalam cinta dan kasihMu




Kakak
semoga baik-baik saja di sana.





No comments:

Post a Comment