Wednesday, February 27, 2013

Tulis

tangan tak boleh terpisah dari tulis [ehsan]


dari pagi selain menyelesaikan misi,
asyik mengacau-bilaukan emosi adek
'she done with her new blog' =)

-terima kasih biarkan kakakmu ini menembak dirinya sendiri =')


***

kau tahu kenapa aku tulis?
aku tulis bukan perasaan aku,
bukan juga hati aku,
apatah lagi rasa,
aku tak layak untuk itu

aku tulis, sebab aku mahu hidup
aku mahu,
hati aku terus hidup

kalau kau baca tulisan aku yang lepas
pasti kau nampak betapa banyak sisi gelap aku
aku tulis untuk hapuskan itu
satu demi satu

sebab aku banyak sisi gelap,
maka aku paksa diri untuk menulis
aku mahu terus hidup

kau akan tahu
saat aku berhenti menulis
hati aku turut berhenti
dan sisi gelap itu akan turut bertambah
satu demi satu

kau boleh kata
saat aku bersihkan sesawang di sini
aku sedang bersihkan jendela hati aku sebenarnya
=')

-kerana aku banyak sisi gelap, aku tak boleh berhenti












***
kalau aku banyak sisi gelap,
kau rasa aku mampu tulis kebaikkan?

-maaf-

Saturday, February 16, 2013

Pro Exam Target






I just have to fight you











Target PRO Exam kali ni,
win the challenge!

Thursday, February 14, 2013

Standing strong


[picture]
for a pretty long time it has been cold, will the rain stop, i wonder? 




Standing strong


I will fight alone

Ignoring broken bones
Because I want to succeed
Even though I bleed
I'm hurt
But I must go on
I must not fail
Anything is possible
Though it may seem impossible
Now is not my time
Because I still want to climb
Its not the end yet
Just hang on a second
Don't leave me here
I can still see clear
I'm not pathetic nor anjelic
I can still fight with all my might.














Tuesday, February 12, 2013

Vague






it's really not scary
to stand in the rain
when you are all drenched
















untuk kenapa kau
maaf
aku biarkan angin
menyapu pergi

Saturday, February 09, 2013

Hate & Love





"We need those yang 'hate' this school"

Aku angkat kepala, 'Senior ni, biar benor' Mata bertembung, sekilas. Leher diurut perlahan. 'masaalah'

"Akak serious, untuk kita bawa perubahan kita perlukan mereka yang tak suka berada di sekolah ni. Yang setiap hari dengan fikiran,  'just another day here, satu hari jer lagi then I'm free'. Sebab bagi akak they know where the problem is and what changes they gonna do."

Diam sejenak.

"Maka akak terus terang, akak masukkan kamu sebab itu" Tepat!


-ok, case closed

***

Back then,
I hate school
Sangat-sangat
'just take this like a camp,
tomorrow you will be home'
Itu pemikiran Form 1 aku

Back then,
The reason for disliking school
sebab aku ada mindset ni
'Sekolah sesuatu yang menyeronokkan'


-and without Him everything just dull, tiada yang menyeronokkan

***

Back then,
Sekolah memang seronok
Sungguh
=)


-Seronok bila you step in front and do something
-Diam dan 'do nothing' adalah dua perkara yang berbeza
-but here things are different

***




"Kalau jalan yang kau ambil, langsung kau tak masukkan Allah
tak kira betapa orang lihat gahnya kau,
tetap di sisi Allah kau tiada sebarang nilai, kosong,
Kau mahu hidup dengan tiada nilai?"



Thursday, February 07, 2013

3 minit

jangan kita lupa sesama kita

***


"Kau!" buku depan mata diambil, kerusi kiri di hujung meja di tarik.

"Jangan cakap dengan aku" 3 buku tebal di letak tengah-tengah, jadi sempadan.

"Duduk diam-diam" 4 lagi ditambah dari kanan.

Masing-masing kembali sepi.

"Korang ni kenapa?" yang ketiga bertanya. Hairan, tiba-tiba ribut menyapa.

"Kiteorang tengah gaduh" serentak!

"Ooooo, ok" kepala diangguk. Mata kembali menghadap baris kata.

"Erh.. ok?"

"Kiteorang gaduh ni"

Tanda ok ditayang.

"Erh..?"

Sepi kembali

1 minit
2 minit
.
.
3 minit

"Erhh Syas, soalan no 5 tuh nak buat macam mana erh? Nak kena selesaikan yang mana dulu?"

"Mana? Yang 5a ke 5b?" kerusi dirapatkan, buku yang jadi dinding dialih turun.

"Yang ni"


Senyum, betul-betul 3 minit.


***

[FINAL MBBS 2011-2012]




***
maaf 
dengan kau
waktu begini
akan aku pilih 'gaduh'
dari diam
=)
selamat belajar kawan

Wednesday, February 06, 2013

21



Aku mahu kau lihat dunia,
dari sisi yang kau tinggalkan sebelum ini.

aku mahu kau pandang dunia,
dari sudut yang kau tak ambil pusing itu.

aku mahu kau lihat,
belajar
dan terus belajar.











***
just because

Monday, February 04, 2013

Tanpa henti



[ehsan: cittating]


saat tangan aku bergerak
kau akan lebih kenal sisi gelap aku

ternyata saja tak banyak cahaya
yang kau nampak
atau mungkin saja gelap gelita

tapi kau tahu?
malam sentiasa diganti siang
dan siang berulang malam

kitaran

aku cuma tahu
aku perlu memaknakan
tak kira malam
mahu siang

aku tak mahu lagi
sekadar cuba
aku mahu terus pasak yakin
dan bergerak tanpa henti

tanpa henti
ya
tanpa
henti


=')