" Salah satu tuntutan kemodenan ialah seseorang itudilarang untuk menyerah kepada keadaan dan kondisi yang ada sekarang, tetapi ia mesti terus memandang ke hadapan. Tekanan, kesulitan dan berbagai masalah sekarang tidak boleh menjadi batu penghalang baginya untuk terus berusaha mengorak langkah maju ke hadapan dan terus mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya. Ia mesti terus menyemai dan menanam benih-benih dan biji yang akan menghasilkan buah pada masa hadapan"
not to mention project/research yang bakal dijalankan
Hari-hari yang dilalui
bagaikan esok akan FINAL
sungguh stress
countdown PROFESSIONAL EXAM
8 months from now
hey diri,
ingatlah untuk sentiasa muhasabah
sentiasa betulkan niat
diawalnya, ditengahnya dan diakhirnya
'jika permulaanya benar, maka insyallah pengakhirannya juga benar'
dan harapan Abbas as-Sissi
mengingatkan aku saat alpa
".....Kiranya dapatku tahu, bahawa kamu telah mempunyai ijazah, nescaya akan
ku letakkan di antara dua tanganmu sekumpulan kitab-kitab yang penting, yang
akan menjelaskan kepadamu apa yang kamu kehendakki. Tetapi apa yang aku
harapkan sungguh-sungguh ialah supaya kamu berjaya terus terutama di dalam
pelajaranmu kerana padanyalah akan diperolehi kejayaan untuk da'wah. Seorang saudara
muslim itu wajib mempunyai kemahiran di dalam satu-satu jurusan hidup. Da'wah
kita memerlukan ahli-ahliikhtisasilmiah yang mahir...."
sematkan ia sentiasa
"Ya Rabb jadilah apa yang aku pelajari adalah bermanfaat bagi agamaMu,
jadikanlah ilmu itu adalah ilmu yang mendekatkan aku padaMu,
dan bukakanlah pintu dakwah dari kecemerlangan pelajaranku,
bantulah ya Rabb"
maka dalam doamu jangan lupa untuk masukkan namaku
"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?"
Peringatan dari [2:44]
Sibuk di sana-sini
dan sibuk kita ini bukannya main-main
Insyallah kita ini adalah manusia yang sibuk di atas jalanNya
membantu menguruskan usrah
terlibat dalam program kemasyarakatan
menyebarkan artikel-artikel
membuat video-video Islamik
Namun kadangkala kita terlupa untuk sibuk dalam satu perkara
kita lupa untuk sibuk membaiki diri
kita lupa untuk mengisi jiwa kita
kita lupa untuk bertanyakan diri kita
sedangkan kita ini manusia yang membaca
ayat-ayat Allah
Cuma adakah kita benar-benar mengerti
Fahamkah kita?
"Jiwa yang kosong tidak mampu untuk mengisi"
Solat kita kosong,
Quran dibaca bagai angin yang berlalu
langsung tiada kesan pada jiwa
kita tewas dalam tahajjud
doa kita menjadi hambar
jiwa kita mula melemas
bagaimana kita ini?
[2:44]
Allah mengingatkan kita
bukan sahaja kita perlu mengajak orang lain
kita juga perlu mengajak diri kita untuk tunduk padaNya
kita perlu sentiasa menguatkan hubungan kita dengan Allah
malah kitalah yang dahulunya perlu menyahut seruan itu
Maka Allah membuka jalan dalam ayat yang seterusnya
[2:45]
"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat"
Tarbiyah dzatiyah tidak seharusnya dilupakan
Perlu menjadi fokus utama juga
"Hai orang-orang yang berimna, janganlah kami mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui"
(Al-Anfal:27)
"Hitunglah-hitunglah dirimu sebelum kamu dihisab Allah pada hari penghitungan"