Sunday, January 18, 2015

clash of clan mau?


"Buat apa?"

Disapu angin, langsung tiada respond. Kepala dijenguk ke skrin iphone jiran hadapan. "Patutla" pandangan masih setia pada wajah jirannya itu.

"Jangan pandang aku lama-lama" buat muka.

"Ha hak" ketawa pecah. ingatkan kusyuk sampai tak ingat sekeliling.

"Ahh!! Habis, heee kalah" kecewa, iphone diletak ke bawah, gelas dicapai.

"Dah sampai mana main?"

"Bronze. Tak cukup askar nak menyerang, susahlah kali ni"

"Faham-faham" kepala terangguk-angguk

"Apa yang kau faham? Kau bukan main benda ni pun"

"Memanglah tak main COC tuh tapi perang-perang ni aku main juga"

Dah bila kawannya sorang ni gaming? Tak pernahlah pula dia nampak.

"Tapi aku lawan real" yes real battle. Telan.

Berkerut. Dalam kepala dah ada list diagnosis dengan kriteria yang berkaitan. Halusinasi? Manic? Grandiose?

"Kalau kau tahu betapa sukar, penat perang tuh, dah kau mengalah tanpa sempat battle pun. I got lots of scar from this. Tapi..." Telan lagi.

Pandang tepat, "tapi?"

"Tapi sebab cinta kau redah juga." Senyum

Eh!? "Kau tengah involve dalam cinta tiga segi ke apa ni?" Luka dalam ni!

Gelak, kepala geleng.

"Lawan nafs aku"

Oh

"Solat jom?"

Eh, oh, ok.


***

Dan aku selalu kalah kalau lawan itu
Boleh kata, lawan dota lagi mudah
Tak tahu nak gembira atau gelakkan diri sendiri.. hmmmmm.....





"Kerana cinta akan benar-benar menemukan jalannya" (29:69)



Saturday, January 17, 2015

arihnaa bish shalaah...



"Yaa bilal, arihnaa bish shalaah"

Tak ke kau rasa ayat ini pelik?

"Wahai bilal, istirahatkan kami dengan solat!"

Setidak-tidaknya sebelum ini kata ini janggal terasa

Bagaimana tidak, sementara solat dirasa sebagai satu beban.
Justeru bagaimana solat menjadi satu istirehat?
Tidak, tak mungkin satu kerehatan,
Sedang solat adalah kepenatan yang teramat sangat.

Tapi saat melihat kearah Rasulullah dan para sahabat, sedikitnya aku jadi maklum mengapa.

Cemburu,  bila solat kita akan menjadi rehat?

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan shalat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" (2:153)

Solat dan sabar adalah mata air yang takkan pernah kering dan bekal yang takkan pernah habis kata sayyid qutb.

Angin, embun, awan di terik panas hari;
Sentuhan lembut pada hati letih dan payah

"Arihnaa bish shalah"

Ya, minimalnya aku kian maklum mengapa, saat bercerminkan mereka.

Semoga solat jadi istirehat~