Monday, December 31, 2012

Pain


really wanna go home, sungguh











sakit itu perlu,
sebab itu satu bukti
kau masih punya hati

maka bilamana kau tak rasa sakit
kau tahu, kau kehilangannya
dan bagaimana mungkin
berjalan tanpa hati?

tubuhnya bergerak,
hatinya mati 










"Ya Allah, tambahkanlah bagiku firasat, hati yang sentiasa hidup serta jiwa dan perasaan yang sentiasa sedar"



Saturday, December 29, 2012

Kau sepi


sekejap cuma


seminggu
khabar kau sepi
aku risau 
cuma aku tahu
Allah pasti menjagamu
Dialah sebaik-baik penjaga
dan Dia juga yang akan melapangkan dadamu
dan yang akan memudahkan urusanmu
aku yakin!



maka
aku tak perlu membunuh sesiapa lagi
dek kerisauan aku
bukan







sahabat,
aku tidak mahu mengatakan 'SABAR'
kerna aku tahu ia tak semudah itu
tapi aku mahu kau yakin
yang Dia akan sentiasa bersamamu
sentiasa!

aku mahu kau seyakin Hajar saat ditinggal Ibrahim
"pada siapa kau tinggalkan kami?"
kerna aku sentiasa percaya
bahwa Dia takkan pernah meninggalkan hambaNya
YAKIN!

Friday, December 28, 2012

Jarak


noda-noda kecil menambahkan lagi jarak antara kita



Adakah saat terjujur manusia bila dia melagukan
pengaduan, rintihan, dosa-dosa dia pada Tuhan?
[UmairahShafie]



Aku bawa hati untuk tuangkan segala rasa yang tidak terluah pada Tuhan.
Hati. kau sedih, ceritakan semua pada Dia.
Hati. kau kecewa, adukan segala pada Dia.
Ya, Dia dengar, Dia faham, Dia bersama kau.



"Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki. Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu." 
[Afdholul Rahman, LI]


Saat kau biarkan yang kiri
gelapkan catatan
dan kau biarkan yang kanan
menunggu
apa kau rasa kau boleh diam saja?
[aku]


How long will you cut your years with sins
before turning to Allah?



"Semoga tidak akan kita lupa betapa hebatnya yakin Ibrahim pada Tuhan.

Kerana berapa ramai kita membuang ragu baiknya Tuhan bila mana datang musibah atas kita? Malah yang lebih selalu, bila datang hari-hari hancur, siap kita tanya-tanya Tuhan kita.

Malu sungguh jadi kita."






"I call upon You, my Master, with a tongue whose sins have it mute,
My Lord, I whisper to You with a heart whose crime have destroyed it,
I call upon You, my Lord, with both fear and desire."

Friday, December 21, 2012

That happened

#sungguh ini bukan cerpen sekadar contengan memori

dan itulah saat aku jatuh cinta ::alhamdulillah::


Tangan dah menggeletar, bibir diketap kuat. Sakit! Baju terasa sedikit basah dengan peluh. Badan dah mula terasa panas. 

Air liur ditelan perlahan, nafas diatur dengan payah. Jam di dinding dijeling, lagi 5 minit. Esok, tutorial, praktikal aargh homework sonnet 18. Kaki digagahkan berdiri namun belum apa-apa lutut dah bertemu lantai, tangan menahan badan dari jatuh. Pening.

Air liur ditelan lagi. Kepala menghitung-hitung masa dengan kerja yang perlu disiapkan.

"Sempat insyallah" Bila belajar semua fakulti insan kena pakai, bukan dalam keadaan badan begini. Badan direbah, selimut ditarik menutupi seluruh badan. "Oh Allah, ease my day" Lelap.

***

Keriuhan pelajar pulang dari prep malam membuatkan dia terjaga sekejap sebelum kembali lena.

***

"Ty, art bangun, makan ubat ni dulu"  Dahi berkerut, terganggu.

"Ty" bahu digoncang lembut. Perlahan mata dibuka. Wajah senior ditatap dan kemudian mata kembali pejam.

"Ty"

"Hmmmm..." 

"Makan ubat"

"Tak nak" Degil

Dahi terasa sejuk "Panas ni, makan ubat dulu"

"Tak nak!" suara dah mula meninggi.

"Ty"

"Tak nak, tak suka!" Badan dipalingkan arah bertentangan.

Senyap

"Ty" bahu ditarik kehadapan "bangun" 

Kepala makin pening, bosan.

Dia bangun mendadak, ubat dan gelas di tangan senior dirampas kasar sebelum disumbat masuk. 

"Dah?" sempat dia bertanya sebelum kembali baring, selimut ditarik dan badan menghadap ke dinding.

***

Malamnya dia terjaga, lapar. Baru teringat tadi tak sempat berbuka pun. Tangan menyentuh dahi, patutlah sejuk ada tuala lembab rupanya. Daun? Kepala berpaling ke sebelah kiri, senior. Kelihatan senior tidur beralaskan tangan di birai katil. Dia menarik nafas, serba salah. Mata kembali pejam.

***

"Ty", bahu terasa digoncang "bangun, sahur"

Mata dibuka perlahan, suhu badan dah kembali normal cumanya kepala masih berdenyut. Dia duduk.

"Nah" pinggan di tangan dihulurkan.

Wajah senior dipandang sepi. 

"Kenapa?"

Kepala digeleng perlahan, sudu dimainkan.

"Makanlah dah nak subuh dah pun" senior kembali menghadap buku.

"Hmmm.."

***

Pagi itu, dialah penghuni pertama blok akademik. Mujur segala kerja sempat disiapkan. Benar barangkali slogan "Bila badan sihat, otak pun cergas". Barangkali. Selesai, nafas lega ditarik. Tutorial kimia! Lupa. dan itu adalah kerja berkumpulan, semalam janji untuk selesaikan. Part dia memang dah selesai tapi teammates yang lain. Tangan mengurut leher. Habislah.


"Assalamualaikum" 

Salam dijawab perlahan. 

"Awal hari ni?" 

Senyum.

"Dah sihat ke?" Beg diletakkan di atas meja. 

"Alhamdulillah" Buku dikemas sebelum bangkit mengikuti Suria. Roll call.

"Untunglah sakit ada orang jaga" 

Bahu dijungkit, "errr tutorial kimia korang dah buat belum?" serba salah.

Senyum "Dah siap, beres"

Dahi berkerut, "Erh?"

"Senior tolong semalam, bersungguh dia tak bagi kacau kau"

"ooo"

"Semalam kau memang menakutkan, temperature tinggi habis. Dan yang paling risau, seniorlah. Hampir-hampir nak call warden tapi senior kata bila kau sihat nanti kau akan bunuh kiteorang. Jadi pakai daun bunga raya jerlah"

Memang, hospital tempat paling tak suka dan ubat adalah benda paling dibenci. Maka secara tak langsung dia jadi tidak suka bila ada yang bertindak sebegitu. Haaiiish. *teruk betul*

"Senior, semalamam aku rasa tak tidur"

Langkah terhenti. Kening diangkat.

"Dia risau" diam "tapi kau sedar tak apa kau buat semalam?"

"Hmmm.." angguk perlahan. Tak mungkin lupa.

"Untunglah jadi adik kesayangan ketua biro disiplin"

"Haisss, diamlah"

"Tapi semalam ada orang ponteng prep" Senyum 'kejam'.

Allah! Lupa.










That happened
[dari ini, belajar banyak
terima kasih senior]











"I know you gonna hate me but please pergi hospital nanti"

Senyum
Tak mungkin lepas apa yang berlaku
Cuma kali ini, vise versa, 
ue are da one dat gonna 'hate' me, mungkin
#sungguh malas nak pergi

Thursday, December 20, 2012

PRO Exam 1


Anda tahu dalam medical field hanya ada 2 kali saja profesional exam. Pertama, sewaktu tahun ke 2 dan terakhir sewaktu tahun terakhir. And mine will be on 18 Februari 2013. Dan anda tahu, peluang untuk field ini hanya 3 kali saja. Dengan 3 kali ketidaklulusan, say bye bye to medicine.



TRIO: 59 days 



"If Allah helps you, none can overcome you;
and if He forsakes you,
who is there after HIM that can help you!?
And in Allah (alone) let believers put their trust"
[Quran- 3:160]


"If you were rely upon Allah with reliance due to Him, then He would provide for you just as He provides for the birds. They go out in the morning with empty stomachs but return full." [HR Tirmidzi]













Hope and trust only to HIM

Monday, December 17, 2012

Maaf








Maaf












sedang kau sendiri tahu
bagaimana dasyatnya jahiliyah
kau masih tegar biarkan saja
begitu?
maka
aku kira kau masih tak faham

Wednesday, December 12, 2012

End in mind


Even the prettiest flower will die one day.
It's nature's way of teaching us that nothing lasts forever~



"Kita memang tak pernah tahu bila tarikh kematian tiba
tapi bagaimana mahu mati adalah perancangan kita dengan izinNya"


-rancanglah kematian dan rancanglah bagaimana mahu bangkit di hadapanNya-




ini baru benar begin with the end in mind
"If your ladder is not leaning against the right wall, 
every step you take gets you to the wrong place faster."



Friday, December 07, 2012

Bila? andai kau menanti saja

bukan kau tak tahu, gugur itu ada, layu itu pasti



Apa kau akan biarkan aku tidur dulu
sebelum kau tegur aku?

apa kau akan biarkan aku 
terlena, terleka
sebelum kau tegur aku?

apa kau akan biarkan aku pergi jauh
sebelum kau tegur aku?

apa kau akan biarkan jasad dan roh aku terpisah
sebelum kau tegur aku?

bila?
saat aku tiada lagi?

begitu?











sambut tanganku andai aku terjatuh,
bukan biar tanpa kata sepatah
-anginawan-







aku manusia
kau tahu bukan?