Wednesday, June 22, 2011

ALIM MUJAHID qualities

Salam akaik,

Salam rindu dari tanah keping RnR, lama tanpa bicara, 3 bulan tanpa berita. Lama tapi sekejap. Demi masa itu sentiasa berlalu dengan pantas. Dan aku sudah siap menamatkan foundation. dan pointer? alhamdulillah tak pernah sangka dengan apa yang Dia beri. Ini masih berbaki 9 sebelum hijrah ke bumi Perak sana.

Hari ni, yok dengar cerita. Bagaimana ditembak oleh pesera ProCAST hari tuh.

***

apa sumbangan?


"akak, saya nak tanya kalau akak berjaya jadi doktor nanti, apa sumbangan yang akak akan beri pada ummah?"

dussshhh!! kedebomM!! nah ambil. Pertanyaan dari adik ProCAST Kelantan 2011 itu bagaikan bom. Lantas aku terfikir 'Apa sumbangan yang akan aku berikan??'

"hmmmm kak cik, kak cik bukan nak jadi doktor macam nie kan?"

Code Blue yang tadinya ditatap bertukar dengan wajah adikku. Dahi sedikit berkerut cuba memahami. Dia pula cuma tersenyum dan akhirnya aku juga tersenyum. 

"Insyallah tidak" balasku perlahan.

sebenarnya mereka berdua itu ingin menyampaikan apa padaku? Ya, apa yang ingin disampaikan? dan aku mula berfikir kenapa? Seakannya aku mula faham lantas membuatkan aku tersenyum senang. Rasa bersyukur kerana Allah hadirkan peserta itu dan adikku dengan pertanyaan itu.

Jadi mereka itu mahu apa?



mereka itu mahu matlamat aku jelas! untuk apa aku belajar? kerana apa? dan kenapa?
bukan sekadar belajar membabi buta, bertungkus lumus, bersengkang mata hanya ingin menjadi seorang yang berkerjaya.
bukan sekadar menjalani hidup sebagai seorang pelajar dan
bukan menjadikan kerjaya itu sebagai matlamat,
mereka itu ingin aku faham bahawa apa-apa kerjaya yang aku lakukan itu hanyalah wasilah (alat) untuk membawa seramai mungkin manusia ke jalan Allah.
seakan-akan mereka ingin mengatakan, manusia itu hanya rugi jika mereka sekadar menjadikan kerjaya mereka sebagai kerjaya, rugi sekadar menjadikan kerjaya itu mata kewangan. RUGI!

tapi aku tidak ingin mengulas banyak tentang kerjaya kerna itu bukan bidangku lagi.
tapi aku ingin berkongsi jalan ke arah kerjaya itu, insyallah.


Ketika aku mengemaskan buku-buku adikku, aku terjumpa catatan Himeganya. Himega 2011 rupa-rupanya berteraskan 'Alim Mujahid'. Ketika itu aku tertanya apa itu ALIM MUJAHID?



ALIM maksudnya berpengetahuan luas dan 
MUJAHID adalah mereka yang memperjuangkan Deen Allah

maka ALIM MUJAHID maksudnya mereka yang berpengetahuan dan berjuang di jalan Allah. Mereka ini bukannya belajar semata-mata. Bukannya sekadar ingin menjadi pandai tetapi lebih daripada itu.

Maka jalan yang perlu kita ambil adalah dengan menjadi ALIM MUJAHID.

Ada 5 ciri alim Mujahid ini

1) Mempunyai aqidah yang sejahtera
2) Mempunyai kefahaman Islam yang jelas
3) Mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang
4) Bergiat aktif dalam dakwah
5) Menjadikan kerjaya sebagai 'medium' dakwah

Maka ingin menjadi pelajar yang cemerlang dan bermanfaat kepada orang lain, maka menjadi Alim Mujahid adalah jalannya. Setiap ciri itu perlu diperincikan dan perlu difahami dengan mantap. 

tak perlu aku menulis panjang, jom dengar apa kata mereka




Sudah dengar bukan?

Maka marilah kita berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing dan berusaha menggunakan kepakaran kita itu untuk perjuangan Islam, Insyallah.